shear wave | gelombang ricih | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Gelombang yang bergerak berserenjang dengan arah gelombang merambat. Dalam gelombang ricih, zarah berayun pada sudut yang melintang kepada arahan itu. Gelombang ini melibatkan pergerakan zarah mericih atau merentasi arah perambatan pada sudut tegak. Kelajuan gelombang ini kira-kira setengah lebih perlahan daripada gelombang membujur. Oleh sebab kelajuannya yang lebih perlahan, gelombang ricih mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek berbanding gelombang membujur pada frekuensi yang sama. Gelombang ricih hanya boleh bergerak dalam bahan pepejal. Sinonim gelombang melintang. |
shearing machine | mesin ricih segi empat | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat pemotong hidraulik yang memotong kepingan logam menjadi bentuk segi empat. |
transverse wave | gelombang melintang | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Lihat gelombang ricih. |
optical emission spectroscopy (OES) | spektroskopi pancaran optik (OES) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk menentukan komposisi unsur pelbagai logam dan aloi. Kaedah ini menggunakan proses ricih/percikan api dengan mengenakan cas elektrik pada sampel hingga wap yang terhasil. Pengesanan komposisi unsur adalah berdasarkan wap yang terhasil. |
mode conversion | penukaran mod | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena penukaran mod rambatan gelombang asal yang berlaku disebabkan oleh pantulan atau pembiasan dalam bahan uji. Contohnya, apabila gelombang membujur tuju dibiaskan pada sempadan dua medium bertukar menjadi gelombang ricih atau gelombang permukaan. |
bamboo lashing | ikatan buluh | Buluh | Tiada | Kaedah mengikat simpul untuk menyambung antara satu batang buluh dengan batang buluh yang lain menggunakan tali gentian semula jadi seperti sisal dan palma atau tali polipropilena. Terdapat pelbagai jenis ikatan simpul seperti ikatan seraya, ikatan serong dan ikatan ricih. |
Rayleigh waves | gelombang Rayleigh | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Gelombang ultrabunyi yang bergerak pada permukaan sampel. Dalam gelombang Rayleigh, zarah-zarah bergetar dan bergerak secara elips pada permukaan dan subpermukaan bahan dengan kedalaman satu panjang gelombang. Pada keluli, ia bergerak dengan kelajuan sekitar 0.9 X kelajuan gelombang ricih. Gelombang ini telah ditemui oleh Lord Rayleigh pada tahun 1885. Rajah menunjukkan lakaran pergerakan gelombang Rayleigh pada permukaan dan subpermukaan sampel. |