ottava rima | astarima | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang barisnya mengandungi lapan rima, khususnya rima hujung. Astarima boleh terdiri daripada rima yang sama atau rima yang berbeza. Contohnya, puisi '"Penagih Abadi" dalam kumpulan Derita Buana karya Dharmawijaya. |
inexact rhyme | rima tak tepat | Kesusasteraan | Puisi | Pembentukan bunyi rima awal, rima tengah mahupun rima akhir tidak tepat ataupun sumbang. Contohnya, seperti pantun di bawah. Ramai orang pergi menjala, Bawa bakul berserta sumpit; Jagalah diri jangan tercela, Rosak nama bangsa terpalit. |
rhyme | rima | Kesusasteraan | Tiada | Bunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam baris-baris puisi yang memunculkan satu pola bunyi yang jelas. Contohnya dalam pantun dan gurindam. Rima juga boleh ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima begini disebut sebagai rima tengah. Contoh rima dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Skema rima mengikuti suatu bentuk yang tetap atau bentuk yang longgar. Skema rima termudah dapat dilihat dalam bentuk kuplet. Contoh skema rima ialah: a,a,b,b, dan c,c atau bentuk kuatrin: a,b,a,b dan a,b,b,a. Lihat juga rima ekasuku, rima feminin, rima tengah. |
half rhyme/oblique rhyme | rima sumbang | Kesusasteraan | Puisi | 1.Bunyi vokalnya sama atau hampir sama, namun bunyi konsonan yang mendahuluinya berbeza. Contohnya, seperti di bawah. Cacak galah di tepi tebing , Pucuk nipah kelibatan; Sudah rosak cindai keling, Rosak di dalam pelipatan. Rima bing dan ling adalah rima sumbang. 2.Rima yang terbentuk di hujung setiap baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi namun ada yang tidak sa ma . Contohnya, rangkap ketiga dalam puisi "Di Atas di Bawah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Pitis di atas pitis tersenyum manis pitis di atas pitis bercantum kasih Rima /sih/ yang terdapat pada baris keempat adalah rima sumbang kerana berlainan daripada rima-rima yang terdapat pada baris satu, dua dan tiga. |
rhyme | rima | Kesusasteraan | Puisi | Skema atau susunan bunyi dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris adalah susunan bunyi tertentu yang terdapat di akhir tiap� tiap baris dalam serangkap puisi. Rima disebut juga mempunyai persamaan bunyi di hujung baris. Baris susunan rima tersebut ditandakan dengan susunan huruf. Contohnya, rima pantun ab ab. Rima syair a a a a. Rima akhir jugalah yang menjadi satu daripada dasar untuk menentukan "bentuk terikat" sesebuah puisi . |
identical rhyme | rima kembar | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang terdiri daripada dua suku kata dalam dua perkataan. Suku kata pertama dan kedua-dua perkataan itu harus mendapat tekanan, diikuti dengan suku kata kedua tanpa tekanan. Contoh rima kembar dalam sistem Inggeris adalah seperti yang berikut: ... dreaming/ ... streaming ...tarry/ ...marry, ...motion/ ... motion. Rima kembar dikenali juga sebagai rima feminin. Lihat juga rima feminin. |
crossed rhyme | rima silang | Kesusasteraan | Puisi | Rima akhir pada bait atau rangkap yang mempunyai baris genap seperti pantun empat kerat. Perkataan akhir dalam baris pertama rimanya sama dengan rima pada perkataan akhir baris ketiga. Seterusnya rima pada perkataan akhir dalam baris kedua sama dengan rima pada perkataan akhir dalam baris keempat ab a b. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. |
middle rhyme | rima tengah | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima tengah juga terjadi apabila dua atau beberapa perkataan berima terdapat dalam satu-satu baris. Contohnya seperti dalam puisi berjudul �Patience� oleh W.S. Gilbert: Then a sentimental passion of a vegetabile fashion, Must excite your languid spleen, An attachment �a la Plato, for a bashful young potato, Or a not too French French bean! Contoh rima tengah dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pohon sena,cabangnya empat, Mari tebang waktu pagi; Kalau kena dengan makrifat, Burung terbang menyerah diri. |
middle rhyme | rima tengah | Kesusasteraan | Puisi | Rima yang terdapat atau terletak pada bahagian tengah sesebuah puisi. Contohnya, rima tengah dapat dilihat pada pantun di bawah. Tumbuh lengkuas di rumpun paku, Padi benih dimakan tempua; Rimba luas jalan berliku, Sungai jemih dicari jua. |
imperfect rhyme | rima sumbing | Kesusasteraan | Puisi | Rima tak sempurna, bunyi vokalnya sama ataupun hampir sama, bagaimanapun bunyi huruf konsonan yang terletak sebelumnya berbeza. Contohnya, pada rima akhir baris pertama dan ketiga dalam syair di bawah. Karangan ini suatu madah, Mengarangkan syair tempat berpindah, Di dalam dunia janganlah tamak, Di dalam kubur berkhalwat sudah. |