Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rim.ba] | ريمبا

Definisi : hutan besar (yg belum pernah dibuka manusia); hutan ~ berbagai-bagai hutan; ~ dara rimba (hutan) yg masih terpelihara spt keadaannya yg asli (tidak terganggu oleh kerja-kerja pembangunan dsb); ~ raya (belan­tara) hutan yg sangat besar; merimba menjadi rimba, spt rimba: jelatang yg ~ kecil di tepi tubir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rim.ba] | ريمبا

Definisi : kawasan luas yg ditumbuhi pokok-pokok dan belum pernah dibuka orang; hutan ~ hutan yg luas dan besar; hutan belantara; ~ raya rimba yg sangat luas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rimba (kata nama)
Bersinonim dengan belantara, hutan, belukar, semak, samun.,

Puisi
 

Sayang di rimba tumbuhnya rotan,
     Tumbuh menjalar di luar kota;
Siang malam jadi sebutan,
     Adinda seorang hanya tercinta.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Bulan terang dalam rimba.

Bermaksud :

Orang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya kepada orang-orang yang tak dapat menghargai kepandaiannya itu.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
forest bathingmandian rimbaPsikologiTiadaPerbuatan meluangkan masa di dalam rimba untuk menikmati keindahan alam semula jadi. Mandian rimba merupakan salah satu cara untuk mengatasi dan mengurangkan tekanan kepada golongan yang sibuk bekerja dengan menghayati segala yang terdapat di sekelilingnya termasuklah bunyi, bau dan pemandangan. Istilah ini berasal daripada bahasa Jepun, iaitu ‘shinrin-yoku’ dan merupakan rutin di Jepun sejak tahun 1980-an. Mandian rimba juga dikenali sebagai terapi rimba.
forest therapyterapi rimbaPsikologiTiadaLihat mandian rimba.
secondary junglerimba sekunderPenilaian Harta TanahTiadaTiada
wilderness parktaman rimbaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKawasan hutan yang dikekalkan kerana ciri-ciri semula jadinya.
middle rhymerima tengahKesusasteraanPuisiRima yang terdapat atau terletak pada bahagian tengah sesebuah puisi. Contohnya, rima tengah dapat dilihat pada pantun di bawah. Tumbuh lengkuas di rumpun paku, Padi benih dimakan tempua; Rimba luas jalan berliku, Sungai jemih dicari jua.
classical prosodyprosodi klasikKesusasteraanPuisiPengkajian secara terperinci terhadap puisi yang tinggi nilai sasteranya. Kajian ditumpukan pada aspek rima, irama, perulangan, diksi, intonasi, dan matra. Bertu juan untuk mencari nilai-nilai estetika tentang pengucapan sesebuah puisi. Contohnya, seperti pantun di bawah. Tumbuh lengkuas di rumpun paku, Padi benih dimakan tempua; Rimba luas jalan berliku, Sungai jernih dicari jua.

Kembali ke atas