Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rin.tang] | رينتڠ

Definisi : ; merintang terletak melintang: batang kelapa ~ di jalan itu; merintangi 1. menggalang: Sungai Kelantan yg dirintangi beting-beting; ada sebatang batang pinang yg ~ parit itu digunakan sbg titi; 2. menghalang-halangi, menyukarkan (perjalanan dll): beberapa faktor sosial yg ~ kemajuan kaum tani kita; 3. mengacau, mengganggu, mengusik: usaha-usahanya digagalkan oleh pemerintah kolonial, segala kerjanya dirintangi; merintangkan meletakkan merintang, me­rintangi sesuatu dgn: polis ~ sekatan-sekatan di jalan; terintang terhalang, terganggu; rintangan sesuatu yg merintangi, halangan, gangguan: tiadanya pendidikan yg mustahak ini akan menjadi ~ besar utk kanak-kanak melanjutkan pelajaran; perintang 1. sesuatu yg digunakan utk me­rintangi; 2. orang yg merintangi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.tang] | رينتڠ

Definisi : 1. sedang melakukan sesuatu, asyik atau sibuk (melakukan sesuatu): sekalian orang telah ~ dgn pekerjaan masing-masing; 2. sangat suka (melakukan sesuatu, bermain, dll): ~ main; ~ madat; merintang, merintang-rintang berbuat se­­­­suatu utk menyenangkan hati (meng­hilang­kan susah, menghabiskan waktu, dll): mujur ada pekerjaan penting yg ~ dia drpd fikiran kacau itu; dgn bekerja berat, kesusahan dlm rumah dapat jua dirintang-rintang; ~ anak menghiburkan anak supaya jangan menangis dll; ~(-rintang) fikiran meng­hilangkan rasa susah (dgn mengalih fikirannya kpd perkara lain spt bekerja, bermain, dll); ~(-rintang) hati menghiburkan hati; ~(-rintang) lelah (payah, penat) menghilangkan lelah (dgn berbuat sesuatu); ~ (-rintang) mata menjamu mata (dgn melihat benda yg indah-indah dll); ~(-rintang) waktu mengisi waktu lapang dgn berbuat sesuatu; perintang, perintang-rintang sesuatu yg di­­lakukan bagi merintang-rintang (hati, fikir­an, dll): mari kita menyanyi utk ~; ~ fikiran; ~ hati; ~ waktu (masa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.tang] | رينتڠ

Definisi : ; merintang terletak melintang; menggalang. merintangi 1 terletak melintang pd atau di; merentangi: Beting-beting pasir yg ~ sungai itu menghalang pelayaran kapal di situ. 2 menahan supaya tidak dpt bergerak dll; menghalang; menyekat: Di samping kekurangan modal, terdapat beberapa faktor yg ~ kemajuan syarikat itu. merintangkan 1 meletakkan melintang; menggalang dgn: Budak-budak nakal telah ~ kayu di jalan raya. 2 menyusahkan; menyukarkan. rintangan sesuatu yg merintang; halangan; gangguan. perintang 1 sesuatu yg merintang, merintangi atau yg dirintangkan. 2 orang yg merintangi; penghalang; penyekat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rintang
Kata Terbitan : merintangi, terintang, rintangan,

Peribahasa

Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya.

Bermaksud :

Tidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan rintang rusa oleh tanduknya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eddy making resistancerintang pusarKejuruteraanTiadaSalah satu komponen rintang baki hasil daripada pembentukan pusaran ketika air meninggalkan kapal yang bergerak.
resistanttahanBiologiPatologiPerumah yang mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap serangan sesuatu patogen atau faktor-faktor lain, misalnya cuaca yang melampau. Istilah rintang dianggap tidak tepat untuk tujuan ini kerana rintang lebih merujuk kepada halangan fizik, misalnya rintangan yang terdapat dalam aliran elektrik yang mempunyai unit yang tersendiri, iaitu ohm. lih: toleran. bd. rentan.
resistantrintang; tahanFizikTiadaTiada
resistantrintang; tahanKimiaTiadaTiada
resistrintangKejuruteraanTiada1. Saluran tak mengalir kalis asid yang digunakan untuk melindungi bahagian-bahagian tertentu corak pendawaian daripada tindakan pemunaran semasa pembikinan papan pendawaian tercetak.,2. Bahan penebat, misalnya lakuer, yang dikenakan kepada permukaan bahan kerja untuk menghalang elektropemplatan atau tindakan elektrolit di kawasan bersalut. Sinonim henti tolak.
resistantrintang; tahanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
shrink resistrintang kecutKesenianTiadaTiada
water repellencyrintang airKesenianTiadaTiada
strainstrain rintang dadahAIDSTiadaSekumpulan mikroorganisma yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang sama.
resist dyeingpencelupan rintangSosiologiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas