consumer information leaflet | risalah maklumat pengguna | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Risalah yang mempunyai maklumat bertulis untuk tujuan menyampaikan keterangan secara ringkas tentang produk kosmetik kepada pengguna. Risalah maklumat pengguna biasanya disertakan bersama-sama produk tersebut. |
consumer medication information leaflet | risalah maklumat ubat pengguna | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Risalah yang disertakan di dalam bungkusan bersama-sama produk farmaseutikal dan herba untuk pengguna. Risalah ini mengandungi maklumat seperti penerangan produk, ramuan produk, tatacara penggunaan, kesan sampingan, dan maklumat lain yang berkaitan. |
patient information leaflet (PLI) | risalah maklumat pesakit (PLI) | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Lihat risalah maklumat ubat pengguna. |
tract | tract | Kesusasteraan | Tiada | Risalah, esei, karangan ringkas, atau yang seumpamanya yang berlegar tentang politik atau agama yang biasanya bersifat kontroversial dan menimbulkan pertentangan pendapat. Contoh tract terkenal ialah Marprelate Tracts yang merupakan serangan ke atas golongan uskup dan pembelaan tatatertib Presbyterian. Contoh lain ditemui dalam Tracts for the Times (1833-41), iaitu penulisan yang diusahakan oleh cardinal Newman, Keble, R. H. Froude dan Pusey untuk mengembalikan beberapa doktrin gereja. Contoh dalam persuratan Melayu ditemui dalam Hujjat al-Siddiq lii-Daf�al-Zindiq (Bukti Orang yang Jujur Demi Mempertahankan Sanggahan terhadap Golongan Zindiq) oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang menentang doktrin Wahdat al-Wujud yang dianuti oleh Hamzah Fansuri. Tract berasal daripada bahasa Latin bermaksud �menangani� atau �mengendalikan�. |
package insert | sisip bungkusan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Risalah yang disertakan di dalam bungkusan bersama-sama produk farmaseutikal dan herba untuk golongan profesional kesihatan. Sisip bungkusan mengandungi maklumat seperti jenama atau nama produk, nama dan kekuatan bahan aktif, penerangan produk, farmakodinamik atau farmakokinetik, indikasi, dos yang disyorkan, cara penggunaan ubat, dan maklumat lain yang berkaitan. |
page layout software | perisian reka letak | - | Tiada | Perisian yang digunakan untuk mereka letak halaman bahan terbitan seperti majalah, buletin, risalah dan poster. |
truthful presentation | persembahan jujur | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Maklumat keberkesanan produk kosmetik yang betul, tepat dan dipercayai tepat berasaskan bukti terkini serta boleh diterima umum. Persembahan jujur dipamerkan atau dinyatakan dalam bentuk iklan, label atau sisip pada bungkusan dan risalah. Pemegang pemberitahuan kosmetik harus mematuhi persembahan jujur yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kawalan Kosmetik di Malaysia. |