dysrhythmia | disritmia | Perubatan | Tiada | Gangguan ritma, seperti ketaknormalan ritma pertuturan. |
rhythm | ritma | Muzik | Tiada | Panjang dan pendek not muzik. Terdapat pelbagai corak ritma. Contoh corak ritma utama ialah duplet, triplet, kuadruplet, kuintuplet dan ritma bertitik. |
circadian rhythm | ritma sirkadian | Biologi | Genetik | Ritma biologi yang mempunyai jangka masa kitar selama lebih kurang 24 jam. |
circadian rhythms | ritma sirkadian | Psikologi | Psikologi Umum | Kitaran ritma biokimia, fisiologi atau tingkah laku manusia yang berlaku dalam tempoh lebih kurang 24 jam. |
rhythm pattern | pola ritma | Kesenian | Tiada | Kedudukan dan susunan ritma dalam gubahan muzik. |
rhythmic mode | mod ritma | Kesenian | Tiada | Rasa yang diterbitkan daripada susunan ritma dalam gubahan muzik. |
rhythm | ritma | Kesusasteraan | Tiada | Pola bunyi yang mengandungi rentak berulang dengan kekerapan yang hampir sama. Ritma terdiri daripada empat hingga lima rentak. Sesebuah puisi biasanya dijelmakan melalui pola metrikal, iaitu satu urutan rentak bersukat dan tidak bersukat. Pola ini disusun dalam baris-baris puisi yang mengawal silih tekanan dalam suku kata. |
circadian rhythm | ritma sirkadian | Veterinar | Praklinikal | Proses biologi berkitaran yang mempengaruhi fungsi fisiologi dan kelakuan organisma. Ritma sirkadian ini dikawal oleh nukleus suprakiasma (SCN) dalam otak. Sinonim jam biologi. |
antiarrhythmia | antiaritmia | Perubatan | Tiada | Keadaan wujudnya ritma apabila bahan ubat digunakan untuk membetulkan ritma tak normal tindakan jantung. |
daily rhythm | ritma harian | Perikanan | Tiada | Putaran harian siang dan malam yang mempengaruhi tabiat makan ikan. Masa memancing biasanya disesuaikan dengan ritma harian ikan. Kebanyakan ikan mempunyai tabiat mencari makan pada awal pagi atau lewat petang dan tempoh ini adalah masa yang terbaik untuk memancing. |