Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. cerita (berita, kisah) yg turun-temurun: pd suatu ~, orang tua yg berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang; 2. ke­terangan atau berita tentang perbuatan (per­kataan dll) Nabi yg disampaikan oleh isteri­nya (sahabat-sahabatnya dll) sbg satu nas: mendahulukan yg kanan drpd yg kiri tidak diwajibkan dlm mengerjakan wuduk, mengikut ~ Ibni Umar; disunatkan berwuduk terlebih dahulu sebelum mandi wajib kerana sunah Nabi, menurut ~ drpd Aishah; 3. sejarah (ke­jadian atau peristiwa yg benar-benar berlaku), tambo: buku ~ perjuangan Nabi; 4. = ~ hidup keterangan (huraian, penjelasan) segala se­suatu yg telah dialami oleh seseorang, biografi; menamatkan (meng­habiskan) ~nya a) meng­habiskan kisahnya (sejarahnya); b) bp mem­bunuh atau mem­binasakan; 5. Id (dlm agama Kristian) khutbah; beriwayat 1. bercerita, berkisah; 2. me­ngan­dungi ciri-ciri sejarah, bersejarah, sangat penting (peristiwa, kejadian, tempat, dll yg harus diingat dll); hari ~ hari bersejarah (hari sesuatu peristiwa penting terjadi); 3. Id (dlm agama Kristian) berkhutbah; meriwayatkan 1. menceritakan, me­ngi­sah­kan: dgn novel, diertikan karangan panjang yg ~ kehidupan sesuatu watak atau beberapa watak dlm masyarakat; 2. memberitahukan, menerangkan, menyampaikan: hadis yg di­riwayatkan oleh Muslim; periwayatan perbuatan (proses) meng­hurai­kan riwayat hidup seseorang: ~ hidup Raja Kecil; periwayat 1. orang yg meriwayatkan cerita, pengarang, pemberita; 2. orang yg me­ri­wayat-kan hadis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 peristiwa yg benar-benar berlaku pd masa yg lampau; sejarah: ~ perjuangan Nabi Muhammad SAW. 2 kisah atau cerita yg turun-temurun: Pd suatu ~, gua batu itulah kapal Si Tenggang. 3 = ~ hidup keterangan atau huraian mengenai segala yg telah dialami oleh seseorang; biografi. beriwayat 1 menuturkan riwayat; bercerita. 2 mempunyai sejarah; bersejarah. meriwayatkan menceritakan sesuatu; mengisahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riwayat (kata nama)
1. Bersinonim dengan cerita: kisah, hikayat, rawi,

2. Bersinonim dengan sejarah: babad, peristiwa benar, kejadian benar, tambo, teromba, tawarikh,

Kata Terbitan : meriwayatkan, periwayat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sirahsirahKesusasteraanTiadaPerjalanan, sunah, keadaan atau hal sesuatu. Sirah juga bermaksud perjalanan atau riwayat hidup seseorang. Sirah pertama kali digunakan dalam perbincangan khusus sebuah buku karangan Ibn Hisham. Dalam penulisan awalnya, sirah digunakan untuk menceritakan riwayat hidup atau biografi Nabi Muhammad SAW, dan peristiwa penting yang ada hubung kait dengan Baginda. Namun lahirnya buku berjudul Sirah Muawiyah wa Bani Umayyah karya Awanah bin Abd al-Hakam memperlihatkan bahawa sirah tidak hanya dikhususkan kepada riwayat hidup Nabi Muhammad SAW, bahkan turut melibatkan riwayat hidup tokoh lain. Contoh karya sirah ialah Sirah Nabi Muhammad SAW oleh Mahayudin Haji Yahya. Dalam bahasa Arab, sirah bermaksud �perjalanan�.
slave narrativenaratif hambaKesusasteraanTiadaNaratif yang mengisahkan riwayat hidup yang ditulis oleh seorang hamba abdi yang telah dimerdekakan. Riwayat yang ditulis adalah mengenai kisah dan pengalamannya sebagai seorang hamba. Naratif hamba diibaratkan sebagai suatu jenis karya autobiografi yang bertemakan pemansuhan pengabdiaan yang muncul sebelum Perang Saudara Amerika Syarikat. Contoh naratif hamba: Narrative of hte Life of Frederick Douglas.
biographybiografiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup seseorang atau sebuah keluarga yang ditulis oleh orang lain secara menyeluruh. Penulisan biografi diusahakan untuk memperlihatkan perwatakan individu atau sesebuah keluarga termasuklah aktiviti dan pengalamannya serta persekitaran yang mengelilinginya. Pada zaman Yunani dan Romawi, biografi dianggap sebahagian daripada tulisan sejarah. Bentuk bagiografi atau kisah hidup para santo (saints) adalah antara tulisan biografi yang awal. Selain itu, biografi awal juga berlegar pada periwayatan raja dan tokoh wira. Rata-rata penekanan tulisan adalah pada kekuatan dan kebaikan tokoh yang diperkatakan. Bentuk biografi pada tahap ini lebih bersifat pemujaan yang tidak objektif. Walau bagaimanapun, dalam karya Lives of The Poets, Samuel Johnson mula meninggalkan ciri-ciri pendewaan tokoh dan penulisannya memperlihatkan objektiviti yang menjadi tuntutan sesebuah biografi. Johnson meletakkan biografi sebagai genres sastera yang diakui dan diterima khalayaknya. Dengan terhasilnya tulisan James Boswell berjudul Life of Samuel Johnson, biografi sebagai bentuk tulisan menjadi lebih kukuh. Sementara dalam tulisan Lytton Strachey berjudul Eminent Victorians, bentuk penulisan ini lebih mantap seperti yang dilihat dan difahami sekarang. Dewasa ini, biografi meliputi kisah riwayat hidup orang biasa, dan tulisannya berbentuk ilmiah dan popular. Contoh biografi dalam sastera Arab ialah Hayat Salah al-Din al-Ayubbi oleh Ahmad Bili. Dalam kesusasteraan Melayu, bentuk biografi dapat dilihat pada karya seperti Pendeta Za�ba dalam Kenangan oleh Abdullah Hussain, dan Biografi Usman Awang: Sebuah Benua Rusuh oleh Muhammad Haji Salleh. Biografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan riwayat hidup�. Lihat juga anekdot, autobiografi, hagiografi.
autobiographyautobiografiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup pengarangnya sendiri. Autobiografi berlegar pada peristiwa yang dianggap penting dan menarik dalam kehidupan pengarang dan ditulis sendiri oleh pengarangnya secara berterusan. Autobiografi merupakan gabungan renungan dan ingatan pengarang yang kadangkala dibauri oleh imaginasi. Penulisan autobiografi biasanya panjang, iaitu hampir sama dengan memoir. Namun memoir lebih bertumpu pada suatu masa tertentu yang sejajar dengan peristiwa penting yang melibatkan tokoh penting, berbanding autobiografi yang lebih menekankan perkembangan diri penulisnya sendiri. Autobiografi berbeza dengan diari atau jurnal yang rata-ratanya tidak memperlihatkan pengisahan yang berterusan. Diari atau jurnal tidak mempunyai tujuan percetakan untuk bacaan khalayak seperti autobiografi. Bentuk penulisan sebegini telah dikenali terutamanya dalam kesusasteraan lama Mesir, namun istilah autobiografi ini mula digunakan oleh Southey pada tahun 1809. Pada tahap awalnya, autobiografi sering disamaertikan dengan sejarah seperti dalam karya Julius Caesar berjudul Caesar�s Commentaries. Walau bagaimanpun, mulai kurun ke-16, bentuk autobiografi mendapat perhatian ramai, dan mula digunakan secara lumrah. Bentuk autobiografi yang dianggap terawal dihasilkan ialah Confessions oleh St. Augustine (397-399) yang mengisahkan renungannya tentang perkara yang bersifat rohaniah. Contoh lain yang terkenal ialah Grace Abounding To The Chief Of Sinners (1666) oleh John Bunyan. Autobiography oleh Benjamin Franklin (1766), Confessions oleh Jean-Jacques Rousseau (1781,1788), Dichtung und Wahrhett (Puisi dan Kebenaran) (1810-1830) oleh goethe, dan The Prelude (1850) oleh William Wordsworth. Contoh karya autobiografi dalam kesusasteraan Arab ialah Tawq al-Hamamah fi al-Ulfah wa al-Ullaf oleh Ibn Hazm al-andalusi, manakala dalam sastera Turki ialah Boyle Gelmis Boyle Gitmez oleh Aziz Nesin. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat Hikayat Abdullah (1834) oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Contoh lain ialah Sejambak Kenangan oleh A. Samad Ahmad, dan Kenang-kenangan Hidup oleh Hamka. Autobiografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan riwayat hidup sendiri�. Lihat juga bildungsroman, biografi, memoir.
autobiographyautobiografiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup yang ditulis oleh penulis sendiri.
biographybiografiKesusasteraanTiadaPenulisan riwayat hidup atau sejarah kehidupan seorang individu tertentu yang dihasilkan oleh penulis lain.
simulated autobiographyautobiografi bersimulasiKesusasteraanTiadaRiwayat diri sendiri yang ditulis dalam bentuk naratif. Periwayat dikatakan benar-benar wujud dan hidup dalam dunia nyata, padahal dia hanya watak fiksyen. Walau bagaimanapun, pembaca akan mengetahui bahawa karya tersebut suatu fiksyen kerana nama pengarangnya berlainan dengan nama periwayat dalam karya tersebut. Contohnya, dalam novel David Capperfield oleh Charles Dickens, watak David ialah periwayat rekaan dalam novel tersebut, sementara Charles Dickens ialah pengarang sebenarnya.
simulated biographybiografi bersimulasiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup yang ditulis oleh orang lain tentang seseorang yang benar-benar wujud atau hidup dalam dunia nyata, tetapi fakta dan maklumat tentangnya adalah rekaan semata-mata. Biografi bersimulasi kadangkala mempersendakan biografi tulen. Penulisan biografi ini agak mencabar terutamanya untuk memperoleh fakta dan maklumat yang tepat serta menyusun peristiwa yang terpisah-pisah agar mempunyai kaitan yang logik. Contohnya, novel bertajuk Edwin Mullhouse oleh Jeffrey Cartwright.
autobiographic fictionfiksyen autobiografiKesusasteraanTiadaFiksyen yang mengisahkan riwayat hidup pengarang sendiri. Fiksyen autobiografi berbeza dengan autobiografi. Hal ini demikian kerana dalam fiksyen ini, pengarang boleh merubah, menukar atau menokok tambah mana-mana teks bertujuan untuk melindungi atau menyembunyikan peristiwa yang sebenar. Kadangkala, perubahan atau pertukaran dibuat untuk memadankan atau menyesuaikan cerita yang dikisahkan itu dengan tuntutan struktur sebuah novel atau cereka. Bentuk cerekanya sama tetapi menggunakan tokoh ternama sebagai watak yang dikenali sebagai roman a clef. Fiksyen autobiografi sering menggunakan sudut pandangan orang pertama atau sudut pandangan orang ketiga. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh fiksyen autobiografi dapat dilihat dalam novel al-Ayyam (Hari Demi Hari) oleh Taha Husayn, seorang penulis Mesir. Fiksyen autobiografi dikenali juga sebagai cereka autobiografi. Lihat juga aubiografi, autobiografi bersimulasi, roman � clef.
batch numbering systemsistem penomboran kelompokHerbaPeraturan dan PemasaranSistem yang memberikan identiti pada suatu kelompok pengeluaran produk siap herba bagi membolehkan riwayat kelompok produk tersebut dikesan. Sistem penomboran ini khusus untuk suatu produk siap dan nombor kelompok tersebut tidak boleh diulang untuk produk yang sama. Rekod sistem ini disimpan untuk rujukan.
12

Kembali ke atas