robotics | robotik | Matematik | Tiada | Tiada |
movable-active tooling | perkakas aktif boleh alih | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Peralatan dalam sistem robotik yang boleh bergerak dan memerlukan kuasa untuk membolehkannya beroperasi. |
computer integrated manufacturing | pembuatan sepadu berkomputer | Teknologi Maklumat | Tiada | Pendekatan penyatuan yang tersusun terhadap semua penggunaan dalam pembuatan seperti CAD, CAM, robotik, dan sistem maklumat pembuatan. |
CIM (computer integrated- manufacturing) | CIM (pembuatan sepadu komputer) | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Pendekatan penyatuan yang tersusun terhadap semua penggunaan dalam pembuatan seperti reka bentuk berbantu komputer (CAD), pembuatan berbantu komputer (CAM), robotik dan sistem maklumat pembuatan. 2. Automasi sistem pembuatan yang menggabungkan teknologi sistem maklumat dan teknologi siber. |
high-throughput screening (HTS) | penabiran celusan tinggi (HTS) | Herba | Fitokimia | Kaedah yang digunakan untuk pengujikajian saintifik terutama dalam penemuan drug dan berkait rapat dengan bidang biologi serta kimia. Kaedah ini menggunakan sistem robotik, pemprosesan data dan perisian kawalan, peranti pengendalian cecair, dan pengesan sensitif. HTS membolehkan penyelidik melakukan ujian biokimia, genetik dan farmakologi dengan pantas. Melalui kaedah ini, seseorang boleh mengenal pasti dengan cepat sebatian aktif, antibodi atau gen yang memodulasikan laluan biomolekul tertentu. Hasil kajian ini menjadi titik permulaan bagi reka bentuk drug dan untuk memahami saling tindakan ataupun peranan sesuatu proses biokimia dalam sistem biologi. |
drug discovery | penemuan drug | Herba | Fitokimia | Proses mengenal pasti sebatian bioaktif yang boleh dibangunkan menjadi drug. Proses ini melibatkan penilaian bioaktiviti ke atas ekstrak atau pecahan ekstrak, diikuti pengasingan dan pengenalpastian identiti sebatian bioaktif dalam ekstrak tersebut. Proses penemuan drug moden menggunakan kaedah penabiran celusan tinggi yang melibatkan biocerakin pantas menggunakan enzim, reseptor atau sel khusus, dan penggunaan peralatan robotik moden. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan penemuan drug, proses ini juga digandingkan dengan teknik bersempang dan nyahreplikasi. |