steering wheel | roda stereng/roda kemudi | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Roda pada bahagian atas aci stereng yang diputar oleh pemandu untuk menukar arah pergerakan kenderaan. |
wheelbase | jarak roda | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Jarak di antara pusat roda depan dengan pusat roda belakang. |
wheel tramp | lonjak roda | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Pergerakan roda yang melompat-lompat di sepanjang paksi membujur dan menegak apabila roda berputar pada halaju tertentu, disebabkan oleh ketidakseimbangan pada roda atau penggunaan komponen gantungan yang terlalu lembut (cagak, sesendal atau spring yang lembut). |
flywheel | roda tenaga | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sekeping plat bulat berbentuk roda yang diperbuat daripada logam yang berat dan dipasang pada aci engkol bagi kenderaan bertransmisi manual atau kenderaan transgandar. Roda tenaga berputar bersama-sama aci engkol untuk melicinkan putaran tersebut akibat pusuan kuasa semasa lejang kuasa. Roda tenaga berfungsi untuk memindahkan kuasa kepada cekam atau penukar kilasan dan boleh berperanan sebagai sebahagian daripada sistem cekam. |
wheel alignment | penjajaran roda | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kaedah ujian dan pelarasan yang dilakukan pada roda dan tayar untuk memastikan roda dan tayar berada pada kedudukan yang betul. |
flywheel ring gear | gear gelang roda tenaga | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gegancu gegelang yang dipasang di sekeliling roda tenaga bertujuan untuk menghubungkan roda tenaga dengan pinan pemacu motor pemula bagi operasi pengengkolan enjin. |
caster | roda dwipaksi | Kesenian | Hiasan Dalaman | Roda yang dipasang di bawah perabot atau kerusi supaya perabot atau kerusi itu mudah dialihkan atau digerakkan. |
disc wheel | roda cakera | Sukan | Lumba Basikal | Roda berbentuk cakera, lazimnya diperbuat daripada gentian karbon atau kevlar. |
trispoke wheel | roda tiga jejari | Sukan | Lumba Basikal | Roda basikal yang mempunyai tiga (3) batang jejari. |
wheel travel | jarak gerak roda | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Jarak ruang sesaran sesebuah roda kenderaan di sepanjang paksi tegak. |