nocturne | nokturn | Kesenian | Tiada | 3. Gubahan muzik yang menggambarkan suasana romantis malam. |
tragedy | tragedi | Komunikasi | Tiada | Konsep dalam persembahan drama yang mengandungi unsur-unsur romantis, komedi, menyayat hati atau ngeri. |
ballad | balada | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada yang romantis dan sentimental. Balada mengandungi tema atau kisah pengembaraan, percintaan, peperangan, masalah kekeluargaan, pemberontakan dan sebagainya. Umumnya, tema utama dalam balada berdasarkan kisah atau tokoh sejarah atau legenda tempatan yang bersumberkan cerita lisan rakyat. Tradisi penciptaan balada bermula di Eropah sekitar akhir abad pertengahan: Denmark pada abad ke-12, Rusia pada abad ke-13, Sepanyol, Scotland dan England pada abad ke-14. Balada terbahagi kepada tiga jenis yang utama, iaitu balada rakyat, balada popular, dan balada seni. |
romantic poetry | puisi romantik | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang memberi keutamaan pada imaginasi, perluahan emosi dan perasaan secara tulus dan spontan. Puisi ini mementingkan daya imaginasi individu sebagai wadah untuk menyampaikan kebenaran hidup. Alam semesta dianggap oleh penyair romantis sebagai cerminan jiwa manusia yang dapat diteladani dan disempadani. Puisi romantis cenderung untuk memperlihatkan unsur-unsur tidak rasional, eksotik, pelik dan menggerunkan. Pada abad ke-18, penyair dari Perancis, Jerman, England Amerika, Perancis, Itali, Rusia dan Sepanyol pula terkenal dengan puisi romantik dan pascaromantik. Di England, William Wordsworth (1770-1850), dan Samuel Taylor Coleridge (1772-1834) terkenal sebagai penulis puisi romantik. |
romantic scenery | latar romantik | Kesenian | Drama dan Teater | Latar pentas yang bersesuaian dengan suasana romantis dalam sesebuah adegan. |
effect shot | lampu kesan | Komunikasi | Tiada | Lampu yang digunakan untuk menimbulkan kesan tertentu seperti seram, romantis atau suasana pada waktu senja. Lampu ini akan dihalakan ke objek atau persekitaran yang dijadikan sasaran kamera. |
anachronism | anakronisme | Kesenian | Drama dan Teater | Kesalahan meletakkan susunan waktu yang berhubung dengan sesuatu peristiwa, orang, tempat dan bahasa. Dalam karya sejarah, anakronisme merupakan kesalahan besar, tetapi dalam karya romantis atau karya berunsur satira dan humor, anakronisme sebaliknya memberikan kepentingan tertentu kepada kesan karya secara keseluruhannya. |
reflector light | cahaya biasan | Kesenian | Drama dan Teater | Kesan cahaya yang terhasil daripada biasan lampu atau alat pembias seperti cermin. Cermin digunakan untuk mendapatkan kesan tertentu seperti kesan seram, romantis atau sedih dalam pementasan. |
Elizabethan drama | drama zaman Elizabeth | Kesusasteraan | Tiada | Drama yanhg mendapat pembaharuan di England pada masa pemerintahan Elizabeth akhir abad ke-16 yang merupakan zaman permulaan jenis-jenis drama baru, seperti komedi yang romantis, drama pembunuhan balas dendam dan sebagainya dihasilkan. |
fancy | fansi | Kesusasteraan | Tiada | Perihal daya persepsi yang melibatkan khayalan. Daya ini berbeza dengan daya imaginasi, dan tarafnya dianggap lebih rendah daripada imaginasi. Sehingga abad ke-19, khayalan dan imaginasi disamakan, tetapi pengkritik romantis seperti Samuel Coleridge dan willian Wordsworth membezakan antara kedua-duanya. Bagi mereka, khayalan itu terbatas sifatnya kerana khayalan terlalu bergantung pada proses asosiasi, sedangkan imaginasi mampu mencipta imejan baharu dan segar melalui proses penyatuan imej. Fansi penting dalam penulisan novel mistik atau cereka fantasi kanak-kanak. Lihat juga imaginasi, imejan. |