Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.ti] | روتي

Definisi : sj makanan yg diperbuat drpd tepung gandum dll; ~ benggali bermacam-macam jenis roti yg biasanya dijual oleh orang India; ~ canai = ~ perata roti leper yg bentuknya bulat atau empat segi yg adunan tepungnya ditebar, dilipat lalu dimasak; ~ capati sj roti India; ~ jala roti spt jala yg dimakan dgn kuah; ~ kering biskut; ~ lapis sandwic; ~ paun roti tawar drpd tepung gandum dll yg biasanya dijual dlm ketulan satu paun; ~ perancis roti putih yg bentuknya panjang dan kulitnya berkerak; ~ tawar Id roti paun; ibu ~ sj bahan yg digunakan utk menaikkan adunan roti, yis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.ti] | روتي

Definisi : makanan yg dibuat drpd tepung gandum dll: ~ canai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata roti

Puisi
 

Bahulu dalam pinggan,
     Tiga hidangan roti raji;
Jangan malu jangan segan,
     Kita sudah suami isteri.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
baker's rackrak rotiKesenianHiasan DalamanSejenis rak yang digunakan sebagai tempat pameran objek seni. Rak roti diperbuat daripada besi yang ditempa dan mempunyai empat tingkat. Fungsi asalnya adalah sebagai tempat mempamerkan roti. Rak ini diperkenalkan di Perancis.
wholemeal breadroti kaya seratSains KesihatanTiadaRoti yang dibuat daripada tepung kaya serat.
chicken wraproti belebat ayamMakanan dan PemakananTiadaMakanan berupa roti leper lembut seperti tortila gandum yang dibungkus atau digulung dengan isian di dalamnya seperti daging, ayam, sayur-sayuran, keju dan beberapa jenis sos.
P. panetierepanetiereKesenianHiasan DalamanTempat penyimpanan roti yang diperbuat daripada kayu berukir bersaiz 35 inci lebar dan 38 inci tinggi yang direka bentuk dengan corak daun dan bunga-bungaan. Biasanya digantung atau diletakkan di atas meja makan atau di ruang makan tetamu.
intermediate goodsbarang perantaraanEkonomiTiadaBarang yang digunakan sebagai input untuk mengeluarkan barang akhir. Misalnya, tepung gandum untuk membuat roti, dan besi dan keluli untuk membuat kereta. Lihat juga barang akhir.
cordon bleucordon bleuPentadbiran PerniagaanTiada1. Berkaitan dengan filet ayam, daging atau ikan yang dibalut dengan keju, bersadur serbuk roti dan digoreng. 2. Berkaitan dengan standard kemahiran memasak yang tinggi, lazimnya memasak masakan tradisional Perancis.
final goodsbarang akhirEkonomiTiadaBarang yang dikeluarkan untuk penggunaan unit ekonomi dengan tujuan mendapat utiliti atau kepuasan, bukan untuk tujuan mengeluarkan barang-barang lain. Misalnya, roti dan kereta, yang penggunaannya bertujuan untuk mendapatkan kepuasan. Lihat barang perantaran.
P. panierpanierKesenianHiasan DalamanBakul besar yang diperbuat daripada kayu atau rotan beranyam, yang mempunyai pemegang yang mula digunakan pada tahun 1250 - 1300 Masihi sebagai bakul roti, terutamanya di Perancis.
digital breadcrumb trailjejak tinggalan digitalTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaUnsur kawalan bergambar yang sering digunakan sebagai alat bantu navigasi dalam antara muka pengguna dan di laman web. Unsur ini membenarkan pengguna mengesan dan mengekalkan kesedaran lokasi mereka dalam program, dokumen, atau laman web. Istilah ini berasal daripada jejak serdak roti yang ditinggalkan oleh Hansel dan Gretel dalam cerita dongeng Jerman.

Kembali ke atas