ruba�i | ruba�i | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang terdiri daripada dua bait, mengandungi empat misrak, satu wazan dan satu qafiyah (rima). Ada dua jenis ruba�i. Pertama, ketiga-tiga misraknya (1,2 dan 4) mempunyai qafiah yang yang sama, dan kedua, keempat-empat misraknya mempunyai qafiyah yang sama. Ringkasnya, skema qafiyahnya ialah a,a,b,a dan a,a,a,a. Keempat-empat misrak ini ditulis dalam dua bait, dan disebut du-bayt (dua bait). Ruba�i mempunyai keistimewaan kerana mengandungi makna falsafah yang khusus. Setiap ruba�i mengandungi makna yang tersendiri, bebas, tidak berkaitan dengan ruba�i sebelum atau sesudahnya. Contoh ruba�i Parsi karya Abu Sa�id-i Abu al-Khair: Ranj mardum zi bishi o pisist, Rahat o anymani zi darvishist, Barguzin zin jaha o bas, Garat badanish o khard khishist. Ruba�i ini diterjemahkan oleh Prof. Dr Bukhari Lubis: Insan terseksa cinta kekayaan ketinggian, Ketegangan kebahagian dalam kedarwisan, Pilih yang satu dari alam ini, berpada, andai dirimu dihiasi ilmu dan kebijaksanaan. Dalam sastera klasik Melayu juga pernah dikarang ruba�i. Contohnya, karya Bukhari al-Jauhari dalam Taj Us-Salatin: Budi sungguh yang menunjuk insan, Insan itulah yang budiman, Haiwannya yang bukan berbudi, Rupanya insan dan adanya haiwan. |
category | kategori | Kesusasteraan | Puisi | Penggolongan sesuatu bentuk puisi seperti pantun, syair, gurindam, seloka, nazam, ruba'i dan sajak. |
poetry | puisi | Kesusasteraan | Tiada | Pengucapan yang imaginatif yang lahir daripada perasaan yang mendalam. Puisi melahirkan secara spontan perasaan yang membuak yang timbul daripada gaya ingatan ketika berada dalam keadaan tenang. Definisi ini diutarakan oleh penyair seperti Wordsworth. Menurut Edwin Arlington Robinson, puisi ialah ungkapan bahasa yang menyampaikan sesuatu mesej melalui reaksi emosi, sesuatu kata-kata yang sukar hendak dinyatakan. Penulisan puisi biasanya menggunakan rima, ritma, matra, baris dan rangkap. Ciri utama bentuk puisi ialah iramanya. Irama dalam puisi biasanya bersifat tersusun dan teratur dan susunan ini memberi variasi kepada keseragaman bunyi apabila puisi itu dibacakan. Dalam penulisan puisi, penyair mempunyai lebih kebebasan dalam membentuk ayat berbanding dalam penulisan prosa. Oleh sebab penulisan puisi agak pendek, maka penulisan puisi memerlukan kepadatan kata-kata bagi menimbulkan kesatuan yang mantap dan berkesan. Bait puisi dihidupkan oleh bahasa yang indah dan imaginatif. Selain itu, bahasa puisi mempunyai nilai konotatif yang tinggi. Contoh puisi Melayu tradisional ialah pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teromba, teka-teki, mantera, perbilangan, talibun, ruba�i dan qit�ah. Contoh puisi Melayu moden ialah sajak. |