carpet grass | rumput parit | Veterinar | Tiada | Rumput tempatan yang tahan lasak dan membiak dengan menggunakan umbisi. Rumput ini hidup subur di kawasan tanah liat yang lembab dan boleh juga hidup di kawasan berpasir. Hasil bahan keringnya rendah iaitu 6-10 tan/hektar/tahun manakala kandungan protein kasarnya juga rendah iaitu 7-9%. Rumput ini disyorkan bagi sistem penternakan dengan input yang rendah sama ada di bawah naungan atau di kawasan yang kurang subur tanpa memerlukan pembajaan tambahan. Rumput ini ditanam menggunakan tompokan berakar dan lebih dikenali sebagai rumput hiasan halaman. Nama saintifik: Axonopus compressus. |
seagrass | rumput laut | Sains Marin | Tiada | Tumbuhan berbunga (Angiosperma) yang tumbuh dalam persekitaran laut. Terdapat lebih daripada 60 spesies rumput laut yang telah dikenal pasti hidup di kawasan air masin. Tumbuhan ini dinamakan sebagai rumput laut kerana kebanyakan spesies menyerupai spesies rumput daratan, iaitu bentuk daun yang panjang dan nipis, serta mempunyai akar rizom. Seperti semua tumbuhan autotrofik, rumput laut melakukan fotosintesis, dan biasanya hidup di kawasan perairan cetek dan terlindung. Contohnya, rumput setu. |
silicon nanograss | nanorumput silikon | Fizik | Nanoteknologi | Permukaan pada wafer silikon yang apabila dicerap dengan menggunakan mikroskop elektron akan kelihatan seperti rumput bersaiz nano. Rumput silikon ini dapat dibentuk dengan pelbagai cara dan salah satunya melalui punaran plasma hidrogen. Rumput ini dapat mengawal pengaliran titisan cecair pada permukaan silikon untuk menyejukkan litar bersepadu komputer. Rumput ini juga digunakan sebagai komponen peranti komunikasi fotonik dan juga sebagai sensor. |
seagrass | rumput laut | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di kawasan dasar laut yang cetek atau di kawasan air payau. Rumput laut mempunyai daun berwarna hijau yang berbentuk seperti rumput, mempunyai akar, batang, daun, bunga dan biji benih. Rumput laut juga penting kerana menjadi tempat perlindungan dan makanan kepada pelbagai haiwan laut seperti ikan, ketam, penyu, kuda laut, dugong dan mamalia laut. |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing) |
ley | padang rumput | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
dried grass mulch | sungkupan rumput kering | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
reed | mensiang | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Kumai yang menyerupai rumput panjang yang terdapat dalam air cetek atau paya. 2. Sebahagian daripada alat tenunan karpet yang mempunyai jalur logam nipis dan ruang di antaranya supaya yarn lungsin melepasi ruang tersebut. Pergerakan mensiang ini akan menolak dan mengetatkan yarn ke dalam fabrik atau karpet. |
rust | kerat; rusta (penyakit) | Biologi | Tiada | 2. Rusta: Penyakit rumput dan tumbuhan lain disebabkan oleh Uredinales, iaitu kulat parasit yang mengeluarkan uredospora sepanjang musim panas dan teleutospora pada musim sejuk. |
desert locust | belalang gurun | Biologi | Tiada | Belalang yang terdapat di padang rumput di Afrika dan di Asia. Belalang ini berpindah dari satu tempat ke satu tempat dalam kelompok yang besar dan perpindahannya mengikut gerakan sistem tekanan rendah yang membekalkan hujan untuk kemandirian telurnya di dalam tanah. |