Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; meruntun 1. menarik (menyeret) kuat-kuat, membantun, menyentak, mereng­gut: ia telah diruntun masuk ke dlm perahu; 2. sl mengambil dgn paksa, membegal, me­nawan, merampas, merebut: Melaka itu hendak diruntunnya; 3. ki mengalih atau menarik (perhatian, perasaan, dll): ia cuba ~ fikirannya ke babak lain; kisah yg di­ben­tangkan dlm drama ini pasti dapat ~ pe­rasaan siapa sahaja; ~ hati menarik hati; 4. = meruntun-runtun mendesak-desak, me­lonjak-lonjak (perasaan kerana terlalu ingin benar): hatinya meruntun-runtun hendak mengetahui kandungan surat itu;runtunan tarikan (sentakan), desakan: apa­bila ~ nafsu mudanya bergelora, ia lekas-lekas pergi bekerja; ~ hati (jiwa dll) tarikan atau desakan hati (jiwa dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; meruntun menarik atau menyentak dgn kuat: Ia diruntun masuk ke dlm bilik. runtunan tarikan yg kuat; sentakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runtun
Kata Terbitan : meruntun, meruntun-runtun,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
assonanceruntun vokalKesusasteraanPuisiLihat asonansi.
assonanceasonansiKesusasteraanPuisiPengulangan bunyi vokal yang sama pada perkataan yang berturutan dalam baris-baris puisi. Pengulangan begini menimbulkan kesan kehalusan, kelembutan, kemerduan atau keindahan bunyi. Contohnya, baris 'senyum tetamu melapah restu' iaitu petikan daripada puisi "Sirih Pinang" dalam kumpulan Bunga Waktu karya Ahmad Sarju. Sinonim runtun vokal.

Kembali ke atas