Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.su.han] | روسوهن

Definisi : kejadian merusuh: banyak yg luka akibat ~ pelajar-pelajar itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.su.han] | روسوهن

Definisi : kejadian merusuh: Banyak orang yg telah tercedera dlm ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rusuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kacau-bilau: huru-hara, gempar, terganggu, tenar, cabuh, rangak,
Berantonim dengan aman

2. Bersinonim dengan tidak sopan: kasar, biadab, tidak beradab, tidak berbasa, tidak senonoh,
Berantonim dengan sopan

Kata Terbitan : merusuh, rusuhan, perusuhan, perusuh,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
riot insuranceinsurans rusuhaninsuransTiadaInsurans perniagaan yang melindungi kerugian akibat rusuhan.
extended coverage endorsementendorsemen perlindungan diperluasinsuransTiadaEndorsemen yang memperluaskan sesuatu polisi kebakaran untuk melindungi peril berikut: ribut, taufan, hujan, batu, letupan, rusuhan, huru-hara, kerosakan akibat pesawat terhempas, kenderaan dan asap.
political orderaturan politikSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan perjalanan politik yang diterima masyarakat atau yang sewajarnya. Keadaan ini bersifat aman, menurut adat, budaya dan perlembagaan. Dalam aturan politik yang normal tidak berlaku kekacauan, rusuhan, pemberontakan atau kacau-bilau. Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan. Tindakan seperti berkempen, melancarkan piket, demonstrasi secara aman dan perarakan yang menurut undang-undang adalah masih dalam aturan politik demokrasi dan diterima.
conspiracykonspirasiSains PolitikPolitik PerbandinganPerancangan sulit yang dilakukan oleh individu atau kelompok tertentu bagi mengatasi dan menewaskan pihak lawan. Perancangan ini dibuat secara rapi sehingga pihak lawan dan masyarakat tidak mengetahui dalang sebenarnya. Konspirasi ini berlaku dalam pelbagai bentuk seperti fitnah, surat layang atau berita palsu yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan tertentu yang merupakan proksi atau tali barut perancang. Selain itu, konspirasi boleh juga berlaku secara kudeta, pembunuhan dan rusuhan yang menggunakan pihak tertentu seperti tentera dan pembunuh upahan, gerila serta kongsi gelap. Contohnya, kempen antikeganasan pentadbiran Bush di Amerika Syarikat merupakan satu bentuk konspirasi untuk menjatuhkan rejim Saddam Hussein di Iraq. Sinonim komplot.
civil disorderkekacauan awamSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan sosial yang tidak aman disebabkan oleh penentangan politik yang ditimbulkan oleh pihak tertentu dalam sesebuah negara ekoran daripada rasa tidak puas hati terhadap dasar atau keputusan yang diambil oleh kerajaan. Kebiasaannya kekacauan awam merupakan penentangan politik yang melibatkan kemusnahan harta benda dan gangguan masyarakat seperti pembakaran kenderaan, kedai, bangunan dan dalam keadaan tertentu melibatkan kehilangan nyawa. Dalam erti kata lain, kekacauan awam boleh dilihat sebagai satu bentuk bantahan politik yang bersifat di luar batasan perlembagaan. Contohnya, negara Albania pada tahun 1993 telah mengalami kekacauan awam akibat rusuhan rakyat apabila mengetahui kerajaan telah menggelapkan wang simpanan pekerja untuk kepentingan golongan elit yang memerintah.

Kembali ke atas