lemon | lemon | Geografi | Tiada | Buah daripada genus Citrus limon dalam famili Rutaceae, dan banyak ditanam di rantau Meditteranean dan kawasan Sub-Tropika. |
lemon | lemon | Perubatan | Tiada | Buah daripada genus Citrus limon dalam famili Rutaceae, dan banyak ditanam di rantau Meditteranean dan kawasan Sub-Tropika. |
pepauh | pepauh | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Euodia spp. daripada famili Rutaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk cabang tiga, leban nasi, dan pauh-pauh, dan di Sabah ialah pauh-pauh. Spesies utamanya ialah Euodia glabra dan E. roxburghiana. Gubal kayu pepauh sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih kuning. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 480 hingga 585 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu ini tidak tahan tetapi sesuai digunakan untuk kemasan dalaman, papan panel, kayu kumai, papan lapis, pembungkus, dan kerja ukiran. |
hantu duri | hantu duri | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi pokok dan kayu Zanthoxylum spp. daripada famili Rutaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah cengkering, dan spesies utamanya Zanthoxylum muriacanthum dan Z. rhetsa. Gubal kayu ini sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna kuning atau coklat kekuningan. Tekstur kayu agak halus dan sekata dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 335 hingga 675 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan sederhana keras serta ringan dan sederhana berat. Kayu ini mudah diprosese dan dikeringkan, tanpa mengalami cacat yang serius. Kayu ini digunakan untuk membuat lanta , gelegar, hulu perkakas, tongkat kayu, dan juga digunakan dalam pembuatan perabot bermutu tinggi. 1,2,3,4,5,6-heksaklorosikloheksana Lihat gamma BHC |
limonoid | limonoid | Herba | Fitokimia | Kumpulan sebatian triterpena terubah suai dengan empat karbon hujung daripada rantai sisinya telah tersingkir. Sebatian ini biasanya terdapat dalam tumbuhan famili Rutaceae, Meliaceae dan Simaroubaceae. Contoh limonoid ialah azadiraktin daripada pokok mambu (Azadirachta indica). Sebatian ini sekiranya dimakan oleh serangga akan menyebabkan serangga berhenti makan dan akhirnya serangga tersebut akan mati. Oleh itu, sebatian ini sering digunakan sebagai racun serangga semula jadi. |