Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj pisau yg melengkung (utk memotong padi, rumput, dll); 2. (bentuk) melengkung spt sabit; bulan ~ bulan sehari (bulan baru); menyabit memotong (padi, rumput, dll) dgn sabit: orang tua itu sedang ~ di bendang; ~ kelapa mengait kelapa dgn sabit; menyabitkan menyabit utk: petang itu dia ~ ayahnya rumput utk lembu ternakan mereka; penyabit 1. pisau yg digunakan utk menyabit, sabit; 2. orang yg kerjanya menyabit: ~ rum-put. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar sudah tetap (nyata, pasti, sah atau terang) terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): apabila ~ kesalahannya di sisi kadi, maka berhaklah isteri itu menuntut nafkahnya; jika ~ kesalahan, dia akan dipen-jarakan; bersabit berkaitan (dgn), berhubungan (dgn): segala hal ehwal yg ~ dgn tanah mestilah didaftarkan di dlm buku ini; mensabitkan 1. menentukan dgn pasti ber-dasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah: kesalahan itu telah dapat disabitkan; 2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi utk ~ semua yg tertuduh; sabitan (keputusan) hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati sah atau ter-bukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): anak guamnya juga akan kehilangan jawatan sbg pengarah syarikat berikutan ~ itu; Mahkamah Persekutuan hari ini meminda ~ kesalahan mereka drpd mengedar dadah kpd memiliki sejumlah kecil kanabis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabit
Kata Terbitan : penyabit, menyabit,

Puisi
 

Tabit tak sabit gendang dibimbit,
     Saya nak palu ragam serama;
Kalau tak sabit malu sedikit,
     Saya nak bawa jalan bersama.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crescenticbentuk sabit; sabitPertanianTiadaTiada
crescenticbentuk sabit; sabitGeologiTiadaTiada
crescentkresen(bentuk); sabitSejarahTiadaSesuatu yang menyerupai lingkungan bulan sabit.
myopic cresentsabit miopiaSains KesihatanTiadaLapisan sklera di kawasan cakera optik temporal yang kelihatan seperti sabit akibat atropi lapisan koroid dan epitelium retina.
crescentkresen(bentuk); sabitPerubatanTiadaTiada
International Movement of the Red Cross and the Red CrescentPBSMSains PolitikTiadaLihat Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

Kembali ke atas