nuclear security | sekuriti nuklear | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pencegahan, pengesanan dan tindak balas terhadap kecurian, sabotaj, akses yang tidak dibenarkan, pemindahan haram atau perbuatan berniat jahat lain yang melibatkan bahan nuklear, bahan radioaktif lain atau fasiliti yang berkaitan dengannya. Lihat juga nuclear security event. |
computer abuse | salah guna komputer | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penyalahgunaan komputer dengan mengubah, mengganggu atau memusnahkan sumber pemprosesan data dengan sengaja bagi tujuan jahat, sama da untuk meraih keuntungan ataupun sabotaj. Lihat juga salah guna keistimewaan. |
response forces | pasukan tindak balas | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Sekumpulan individu terlatih dan lengkap bersenjata di lokasi kejadian atau di lokasi lain untuk menangani percubaan pemindahan tanpa kebenaran atau tindakan sabotaj. |
Confrontation | Konfrontasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertentangan dua atau lebih pihak terhadap sesuatu perkara yang menyebabkan hubungan sosial, ekonomi atau politik antara pihak tersebut berada dalam konflik. Konfrontasi wujud disebabkan oleh tindakan atau pelaksanaan sesuatu dasar oleh pihak pertama yang dilihat oleh pihak kedua atau ketiga sebagai mengancam kedudukan atau kepentingan mereka. Sebagai tindak balas untuk menggagalkan matlamat pihak pertama, pihak kedua atau ketiga ini mengambil langkah menghalang seperti tindakan ketenteraan, sabotaj atau boikot. Tindakan pihak kedua dan ketiga ini menyebabkan lahirnya suatu keadaan yang tegang antara pihak yang terlibat. Contohnya, Indonesia pernah melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia berhubung dengan isu penubuhan Malaysia 1963. |
contestation | persaingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan saling mempengaruhi antara individu, kelompok dan organisasi dalam sesuatu arena seperti ideologi, sokongan masyarakat, idea atau pemikiran. Situasi ini wujud dalam dua bentuk yang utama iaitu, persaingan yang bersifat positif apabila pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang sihat dan bermoral bagi memperoleh pengaruh masing-masing seperti menonjolkan manifesto, poster dan imej yang baik tanpa menghina pihak lawan. Contohnya, penggunaan poster secara berleluasa di kalangan parti politik dalam memperoleh undi semasa pilihan raya. Bentuk kedua merupakan persaingan yang bersifat negatif iaitu pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang bersifat matlamat menghalalkan cara seperti sabotaj, tikam belakang, fitnah, kawalan undang-undang, indoktrinasi intelektual, kronisme dan nepotisme untuk mendapatkan sokongan. |