open belt | sabuk terbuka | Kejuruteraan | Tiada | Sabuk pemacu yang mempunyai kedua-dua aci selari dan berputar pada satu arah. |
link belt | sabuk hubung | Kejuruteraan | Tiada | Sabuk yang dibina dari rangkai-rangkai pendek yang dibuat daripada belulang, diatur selari dan dicemat untuk membuatkan rangkai itu terpangsi secara bebas, dan untuk melentur di sekeliling kapi-kapi kecil dan memindahkan kuasa dengan mudah di antara kapi-kapi yang dekat di antara satu dengan lain. |
leather belt | sabuk kulit | Kejuruteraan | Tiada | Sabuk penghantaran yang dibuat daripada kulit. |
kiiro obi | sabuk kuning | Sukan | Tiada | Sabuk berwarna kuning yang menunjukkan tingkat pencapaian kiu kelapan. |
ao obi | sabuk biru | Sukan | Tiada | Sabuk berwarna biru yang menunjukkan tingkat pencapaian kiu keenam. |
midori obi | sabuk hijau | Sukan | Tiada | Sabuk berwarna hijau yang menunjukkan tingkat pencapaian kiu ketujuh. |
shiro obi | sabuk putih | Sukan | Tiada | Sabuk berwarna putih yang menunjukkan tingkat permulaan. |
murasaki obi | sabuk ungu | Sukan | Tiada | Sabuk berwarna ungu yang menunjukkan tingkat pencapaian kiu kelima. |
lap angle | sudut limpap | Mekanik | Gunaan | Sudut yang dibentuk di pusat sesebuah kapi oleh permukaan sentuh sabuk pada kapi itu. Nilainya q boleh melebihi 2p radian (360°), iaitu dalam kes sabuk dililit di sekitar kapi. Dalam pemacuan sabuk yang biasa, nilai q kurang daripada 2p radian. |
cog belt | sabuk gigi roda | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Peranti boleh lentur dengan bahagian dalamnya bergigi yang digunakan untuk pemasaan dan penghantaran kuasa bebas gelincir. Alat ini biasanya diperbuat daripada getah bertetulang kaca gentian bagi memacu aci sesondol dari aci engkol. Dalam enjin kereta, sabuk ini biasanya digunakan untuk enjin aci sesondol atas dan memacu pam air. |