dialogue | dialog | Kesusasteraan | Tiada | Perbualan, perbahasan atau perbincangan antara watak dengan watak yang lain dalam sesuatu karya sastera. Contohnya, dalam drama dan teater. Dialog merupakan aspek penting untuk mengungkapkan perwatakan dan menggerakkan plot dalam sesebuah drama, fiksyen atau dalam sesetengah puisi naratif seperti balada. Contoh dialog dalam drama ialah dialog antara Socrates dengan anak muridnya dalam karya Plato berjudul Dialogues. Contoh karya dialog dalam sastera Arab ialah Ya Ibn Adam: Hiwar bayn Rajulayn oleh Mikha�il Na�imah, dan dalam sastera Parsi ialah Khayma-yi Shabbazi oleh Sadiq Chubak. |
regionalism | kedaerahan | Kesusasteraan | Tiada | Semangat kewilayahan yang ditunjukkan dalam kesusasteraan (semua genre) melalui loghat, dan pemaparan suasana, tingkah laku, kepercayaan, nilai, sejarah atau persekitaran sesuatu kawasan geografi. Semangat kedaerahan yang mendalam dapat mendorong penulis mencipta secara tepat suasana, pertuturan, adat resam, kepercayaan, dan sejarah sesuatu tempat. Karya daerah yang baik seperti puisi Robert Frost dan Robert Lowell mampu melangkau batasan kedaerahan dan berupaya mencapai wawasan yang universal. Penulis Melayu yang banyak memanfaatkan semangat kewilayahan ialah Shahnon Ahmad melalui karyanya berjudul Ranjau Sepanjang Jalan, dan Srengenge, dan S. Othman Kelantan melalui karyanya bertajuk Jogho. Contoh karya sastera Arab ialah novel Du�a�al-Karawan oleh Taha Husayn, manakala contoh karya sastera Parsi ialah Tangsir oleh Sadiq Chubak. |
local colour | warna setempat | Kesusasteraan | Tiada | Perincian tentang sesuatu tempat atau daerah dari segi bahasa, dialek, adat resam, pakaian, dan sikap. Perincian ini digunakan untuk menghidupkan latar yang meyakinkan bagi sesebuah novel, naratif atau drama. Karya ini biasanya dihasilkan oleh pengarang tempatan (yang berasal dari tempat berkenaan) atau terbit daripada penyelidikan rapi tentang tempat tersebut. Karya bercorak warna setempat mula mendapat perhatian pada penghujung kurun ke-19 di Amerika Syarikat. Pada masa itu, timbul minat dalam kalangan pengarangnya untuk mengetahui perbezaan yang begitu ketara antara daerah dengan daerah benua yang luas itu. Seterusnya mereka memulakan penulisan bentuk cereka yang mencerminkan ciri-ciri khusus dan tersendiri tentang daerah berkenaan. Rata-rata perincian kedaerahan ini digunakan untuk menghiasi latar belakang sesebuah cereka. Namun, apabila perincian tersebut menjadi bahagian penting dalam sesebuah cereka, perincian itu dirujuk sebagai kedaerahan dan regionalisme. Antara penulis Amerika yang terkenal dengan karya seperti ini ialah Mark Twain yang menghidupkan persekitaran Mississippi dan George Washington Cable di daerah Selatan. Di luar Amerika Syarikat, penulis Inggeris Thomas Hardy memanfaatkan warna setempat Dorsetshire dalam novelnya yang mempunyai latar daerah Wessex. Di Perancis pula, penulis seperti Emile Zola banyak menghasilkan karya warna setempat. Dalam sastera Melayu moden, karya Shahnon Ahmad banyak memanfaatkan perincian tempat beliau dilahirkan dan dibesarkan, iaitu di Sik, Kedah seperti dalam novel berjudul R?nj?u Sep?nj?ng J?l?n. Contoh dalam bahasa Arab ditemui dalam trilogi Najib Mahfuz berjudul B?yn ?l-Q?sr?yn, Q?sr ?l-Sh?rq, dan ?l-Sukk?riy?h. Dalam sastera Parsi, warna setempat ditemui dalam S?ng-i S?bur oleh Sadiq Chubak. |