Lagrangian form | bentuk Lagrangean | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Persamaan yang diterbitkan daripada keseimbangan sifat fizikal tertentu, seperti isi padu atau keluasan bagi jisim yang ditetapkan bergerak atau mengalir di dalam suatu ruang masa dan isi padu. Persamaan ini digunakan oleh saintis kerana proses kelompok lebih mudah dikaji dengan menetapkan jisim proses. |
ethidium bromide | etidium bromida | Sains Forensik | Tiada | Pewarna kimia yang boleh terikat pada asid nukleik dan menjadikannya berpendarfluor di bawah sinaran ultraungu. Pewarna ini digunakan untuk mengesan fragmen DNA yang lut sinar selepas elektroforesis gel. Pewarnaan asid nukleik membolehkan saintis forensik membuat penaksiran tentang corak, mutu atau kuantiti DNA yang diuji. |
American Board of Criminalistics | Lembaga Ahli Sains Kriminalistik Amerika Syarikat | Sains Forensik | Tiada | Sebuah pertubuhan serantau dan kebangsaan yang diwakili oleh ahli-ahli dalam bidang sains forensik. Pertubuhan ini bertanggungjawab untuk membentuk pengetahuan, kemahiran dan kebolehan peringkat profesional dalam bidang berkenaan. Antara ahlinya ialah Persatuan Pengarah Makmal Jenayah Amerika (ASCLD). Pertubuhan ini menawarkan program pensijilan kepakaran bagi saintis forensik termasuk bidang DNA forensik. Singkatan ABC. |
EDSAC | EDSAC | Teknologi Maklumat | Tiada | Akronim bagi Electronic Delay Storage Automatic Computer. Komputer yang dibangunkan berasaskan seni bina komputer von Neumann di Universiti Cambridge oleh Maurice V. Wilkes dan pasukannya. EDSAC yang mula beroperasi pada 6 Mei 1949 merupakan komputer pertama di dunia yang mampu menyimpan atur cara untuk menjalankan operasi komputeran. Turut dikenali sebagai EDSAC Simulator, digunakan sehingga hari ini untuk mengajar sejarah komputeran; tutoran pengenalan kepada seni bina klasik komputer von Neuman; atau sebagai pengalaman bersejarah kepada saintis komputer. Kelajuan jam adalah 0.5 MHz dan output dicetak pada kertas bersambung. (Sumber gambar: http://www.dcs.warwick.ac.uk/~edsac/ ) |