Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ja] | ساج

Definisi : bp sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ja] | ساج

Definisi : 1 (biasanya utk menguatkan kata hanya, melainkan, cuma dsb) tiada yg lain; satu-satunya: Hanya tuanlah ~ yg dpt menolong saya. 2 selalu demikian (ttg keadaan, hal dll); masih begitu juga: Sudah tiga hari dia asyik termenung ~. 3 usahkan (jangankan) … malah; pun: Usahkan menegur, melihat ~ dia tidak sudi. 4 sesiapa … pun; sebarang: Sesiapa ~ dpt melakukannya. Ke mana ~ dia pergi, isterinya tentu ada bersama. 5 (dilakukan dll) dgn mudah, dgn sesuka hati dsb: Beras yg sekarung itu dijinjingnya ~. Diberikannya ~ wang itu kpd adiknya. 6 (utk menguatkan erti kata sebelumnya) sangat; sekali: Perkara itu mudah ~ diselesaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saja

Puisi
 

Bukan saja saya menali,
     Saya menali benang melati;
Bukan saja adik menyanyi,
     Adik menyanyi menghibur hati.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Hinggap saja bagai langau.

Bermaksud :

Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap bak langau, titik bak hujan).

 

Lihat selanjutnya...(160)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arbitrary (power)arbitrari (kuasa)SejarahTiadaKuasa yang dimiliki oleh seseorang untuk membuat apa saja yang disukainya, dicirikan dengan kuasa mutlak atau autoriti mutlak.
PROMPROMKejuruteraan AutomotifEnjinSingkatan bagi programmable read only memory. Lihat ingatan baca saja boleh atur cara.
pantun dua keratpantun dua keratKesusasteraanPuisiPantun yang hanya terdiri daripada dua baris saja dalam setiap untai atau rangkap. Lazimnya setiap baris pantun dua kerat ini terdiri daripada empat perkataan yang rima hujung setiap baris itu serima. Contohnya, Lain dulang lain kakinya, Lain orang lain hatinya. Sinonim pantun kilat, karmina.
pars pro totopars pro totoKesusasteraanPuisiGaya pengucapan bagi menyebut sesuatu objek atau cerita. Namun begitu pengucapan yang dilakukan itu hanya sebahagian saja sedangkan makna yang dirangkumnya adalah keseluruhan sesuatu objek atau cerita itu. Contohnya, Tiga ekor tenggiri terpanggang dijalanya.
incremental repetitionulangan meningkatKesusasteraanPuisiPerulangan bahasa yang dilakukan beberapa kali oleh penyair. Perulangan ini termasuklah perkataan, suku kata, frasa, pola, irama dan baris. Tujuannya untuk rneningkatkan kesan tema dan persoalannya. Contohnya, puisi "Kambing Hitam" karya Usman Awang. merah senja ibu kota merah wama jalan raya merah air Sungai Klang merah baju si anak malang menteri demi menteri di TV-demokrasi telah mangkat pemakamannya di mana saja , di mana saja pemabuk politik-ganja -taridra 13 Mei.
erotic poetrypuisi erotikKesusasteraanPuisiPuisi yang tema serta sifatnya mengandungi unsur-unsur keberahian. Contohnya, ke Teluk sudah ke Siam sudah, ke Makkah juga yang belum lagi. kupeluk sudah kucium sudah, nikah saja yang belum lagi.
ban motkata nan indahKesusasteraanPuisiPerkataan atau diksi yang dipilih oleh penyair untuk mengungkapkan sesuatu isu atau pemikiran yang sesuai dan harmonis dengan teknik dan gayanya serta seimbang, tidak terlalu sarat dengan suatu aspek saja. Keseimbangan, keharmonian dan ketepatan posisinya boleh menimbulkan rasa puitis dan estetik.
open coupletkuplet terbukaKesusasteraanPuisiSajak yang tidak dapat berdiri sendiri terutama dari segi makna. Baris terakhir dalam sesuatu bait itu mempunyai hubungan makna dengan bait sebelum atau bait berikutnya. Pantun berkait yang baitnya terdiri daripada dua baris saja dapat dijadikan contoh kuplet terbuka. Contohnya, seperti pantun berkait di bawah. Lebah terbebar terbang sekawan, Hinggap di celah kayu berduri; Alangkah cabar rupanya tuan, Dagangan indah tidak terbeli. Hinggap di celah kayu berduri, Kepayang tumbuh di dalam dulang; Dagangan indah tidak terbeli, Sayang sungguh nyawanya hilang.
neologismneologismeKesusasteraanPuisiPemilihan dan penggunaan perkataan baharu dalam sesebuah puisi yang dicipta. Pembentukan dan penggunaan kata baharu itu mungkin berasal daripada bahasa penyair sendiri mahupun dipinjam daripada bahasa asing. Penggunaan kata-kata neologisme ini bertujuan untuk menjelaskan lagi sesuatu isu atau pemikiran yang diungkapkan oleh penyairnya dan mungkin juga merupakan suatu stail saja. Contohnya, penggunaan neologisme ini dapat dilihat dalam "Sajak Warga Kata" karya Baha Zain. Antara kata-kata tersebut ialah warga, bankrap, pub, nightclub, combat, piring terbang, jutawan, rutin, burger, instant mee dan kerantung.
dirgeIagu ratapKesusasteraanPuisiPuisi yang mengungkapkan rasa sedih atau duka terutama yang berhubung d ngan peristiwa kematian orang kenamaan. Contohnya, puisi "Bintang di Langit Zaman" karya Usman Awang di bawah. Kematian! Kemafom dari suatu kehidupan yang mulia yang telah ditinggalkan, jadilah ia ukiran kenangan bahawa di tanah ini seorang daripada lelaki berani yang berdiri menjunjung keyakinan, dan berkata Islam tidak pernah takut kepada apa saja laksana dirinya dalam cahaya kebenaran yang dipeluknya.
12

Kembali ke atas