Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[saji] | ساجي

Definisi : makanan yg telah dihidangkan (sedia utk dimakan): dibubuhnya ~ dan dipasangkan setanggi; tudung ~ penutup hidangan; bersaji sl menghidangkan makanan, menye-diakan (mengatur) makanan: maka Benda-hara menyuruh ~ nasi akan memberi makan segala orang banyak itu; menyajikan 1. menghidangkan makanan: Mak Andeh masih sibuk ~ hidangan; 2. ki memberikan (karangan, hiburan, dll), mem-persembahkan, mengetengahkan: di samping cerpen-cerpen asli, disajikan juga cerpen-cerpen terjemahan; tersaji sedia disajikan, telah disajikan: mi yg ~ itu pun disudunya dgn penuh selera; ini jelas terlihat pd sejumlah besar karya cerpen yg ~ dlm antologi ini; sajian 1. sesuatu yg disajikan, hidangan makanan; 2. persembahan (cerita dll); persajian perihal bersaji: upacara ~ korban; penyajian 1. perihal (perbuatan dsb) menyaji-kan; 2. (ERT) perkhidmatan mem­bekalkan dan menyajikan makanan utk sesuatu majlis; penyaji orang yg menyajikan makanan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[saji] | ساجي

Definisi : makanan yg sudah terhidang utk dimakan: tudung ~ penutup hidangan yg dibuat drpd daun mengkuang dll. menyajikan menghidangkan (ma­kanan dsb); menyediakan (makanan dsb) di meja dll: Tuan rumah telah ~ berbagai-bagai makanan utk kami. sajian makanan yg disajikan. penyajian 1 perbuatan atau hal menyajikan. 2 perkhidmatan membekalkan dan menyajikan makanan utk sesuatu majlis. penyaji orang yg menyajikan makanan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saji (kata nama)
Bersinonim dengan hidangan, makanan, penganan, suguhan, habuan perut, pangan, solak, ayapan, persembahan, santapan, sarapan;,
Kata Terbitan : menyajikan, tersaji, sajian, penyajian,

Puisi
 

Tudung saji hanyut terapung,
     Sulam mari gambar benang;
Niat hati nak balik kampung,
     Lautan dalam tidak terenang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
feeding zonezon sajiSukanLumba Basikalzon saji Kawasan tempat minuman atau makanan diberikan kepada pelumba semasa pertandingan jalan raya. Sinonim: supply point
foodtographerpemfoto sajiUmumTiadaIndividu yang merakam gambar makanan yang dihidangkan di restoran, biasanya bertujuan untuk berkongsi gambar di media sosial.
e-foode-sajiTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaPenempahan makanan dan minuman secara dalam talian melalui aplikasi tertentu.
e-foode-sajiMakanan dan PemakananTiadaPenempahan makanan dan minuman secara dalam talian melalui aplikasi tertentu.
feeding bagbeg sajiSukanLumba BasikalBekas untuk mengisi makanan dan minuman sewaktu perlumbaan.
supply pointzon sajiSukanLumba BasikalLihat: feeding zone
food pornfoto selera sajiFotografiTiadaGambar hidangan makanan yang dipersembahkan dengan cara yang sangat menarik dan membuka selera makan orang yang melihatnya.

Kembali ke atas