cholera | kolera | Herba | Fitoterapi | Sejenis jangkitan bakteria Vibrio cholerae yang menyebabkan sakit perut, cirit-birit dan penyahhidratan. Kolera boleh menyebabkan kematian. |
carminative | karminatif | Perubatan | Tiada | Menyingkirkan gas dari kanal alimentari supaya dapat melegakan kolik atau sakit perut. |
abdominal pain | sakit abdomen | Perubatan | Tiada | Sakit pada bahagian abdomen; sakit perut. |
alcohol poisoning | keracunan alkohol | Sains Forensik | Tiada | Keracunan yang disebabkan oleh pengambilan alkohol seperti metanol. Tanda-tanda keracunan alkohol adalah seperti loya, muntah, sakit perut, kabur penglihatan atau kematian. |
poisoning | keracunan | Perubatan | Tiada | Keadaan akibat termakan racun, sama ada racun kimia atau racun mikroorganisma. Antara gejala keadaan ini ialah mual, muntah-muntah dan sakit perut. Misalnya, keracunan makanan dan keracunan akibat dadah. |
Amanita phalloides | Amanita phalloides | Kimia | Forensik | Sejenis cendawan yang beracun. Cendawan ini mengandungi polipeptida amanitin dan faloidin yang stabil haba, dan lebih berbahaya berbanding muskarina, walaupun bertindak secara perlahan. Pengingesan cendawan ini menyebabkan halusinasi dan sakit perut. Kerosakan mungkin terjadi pada hati, buah pinggang, dan sistem saraf, dan mungkin membawa maut. |
food intoxication | intoksikasi makanan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Keracunan yang disebabkan termakan makanan yang mengandungi toksin yang dikeluarkan oleh sesetengah bakteria seperti Clostridium botullinum dan Staphylococcus aureus. Gejala am intoksikasi makanan ialah cirit-birit, loya, sakit perut, dan muntah. |
methanol poisoning | keracunan metanol | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan metanol, iaitu alkohol yang sangat beracun. Dos maut metanol ialah 60 mL -250 mL dan had pendedahan individu terhadap alkohol ini ialah 200 ppm. Metanol mungkin menyebabkan rasa loya, muntah, sakit perut, dan buta. Kematian mungkin berlaku selepas meminum 60 mL metanol sahaja. Dalam kes parah, hati, buah pinggang, dan jantung menunjukkan degenerasi parenkimatus. Paru-paru menunjukkan epitelium terdeskuamat, emfi sema, edema, kesesakan, dan pneumonia bronkus. Otak mungkin menunjukkan edema, hiperemia, dan petekia. Mata menunjukkan perubahan degeneratif dalam retina dan edema cakera optik, dan mungkin terdapat atrofi saraf optik. Epitelium kornea mungkin menunjukkan perubahan degeneratif. |
naphthalene poisoning | keracunan naftalena | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau penyedutan naftalena (formula kimia, C10H8) , iaitu bahan yang terdapat dalam ubat gegat, dan merupakan bahan kimia paling berbahaya bagi kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah. Gejala keracunan termasuk loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, spasma otot, dan konvulsi. Tanda utama keracunan ialah hemolisis, demam kuning, dan konvulsi. Keracunan akut menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, oliguria, hematuria, anemia, demam kuning dan disuria, diikuti dengan oliguria atau anuria. Dalam keracunan lebih serius, konvulsi dan koma mungkin berlaku. Keracunan kronik akibat pengingesan menunjukkan gejala yang sama dengan keracunan akut. Kesan setempat akibat kegunaan naftalena berterusan mungkin menyebabkan dermatitis yang dicirikan dengan kulit menjadi gatal, kemerahan, bersisik, berair, dan berkuping. Jika terkena mata, bahan ini menyebabkan kerengsaan dan kecederaan komea. Penemuan makmal menunjukkan bilangan sel darah merah ialah 20% - 40% dari normal. Bilangan sel darah putih mungkin meningkat. Hemolisis mungkin terjadi. Air kencing mungkin mengandungi hemoglobin, protein, dan kas. Dos parah akibat pengingesan adalah lebih kurang 2 g, dan had pendedahan ialah 10 ppm. |
aminophylline | aminofilina | Kimia | Forensik | Sebatian yang digunakan untuk merawat penyakit lelah, emfisema dan bronkitis. Kegunaannya kini dilarang kerana boleh menyebabkan alergi. Ia diberikan kepada pesakit secara perlahan-lahan, contohnya ubat pada dos 500 mg disuntik dalam tempoh 20 - 40 minit. Kesan sampingannya termasuk sakit perut dan usus, loya dan muntah, tekanan darah rendah, takikardia, nadi jantung yang tidak seragam atau cepat, dan gemuruh. Kematian telah dilaporkan akibat pengambilan pada dos 0.1 g secara intravena atau 25 mg/kg - 100 mg/kg secara supositori rektal. |