Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak mengikut adat, melanggar adat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salah adat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jus cogensjus cogensUndang-undangUndang-undang AntarabangsaNorma undang-undang antarabangsa yang mesti dipatuhi oleh keseluruhan masyarakat antarabangsa tanpa sebarang penjejasan. Jus cogens terbentuk daripada undang-undang adat antarabangsa yang merupakan salah satu sumber undang-undang antarabangsa. Dari segi hierarki sumber undang-undang antarabangsa, jus cogens berada di tempat teratas. Sekiranya jus cogens bercanggah dengan sumber undang-undang antarabangsa yang lain, maka jus cogens yang akan terpakai. Malah, sebuah triti yang melanggar jus cogens akan menjadi tidak sah. Contohnya, jika sebuah triti antara dua negara yang bertikai tentang hak milik sebuah pulau memperuntukkan bahawa pihak yang menang antara mereka dalam peperangan akan memperoleh hak milik terhadap pulau tersebut, maka triti itu dianggap tidak sah kerana bertentangan dengan norma larangan penggunaan kekerasan. Selain daripada larangan penggunaan kekerasan, contoh lain jus cogens ialah pengharaman perhambaan dan pengharaman genosid. Sinonim norma muktamad.
state practiceamalan negaraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAmalan yang dilakukan oleh sesebuah negara secara umum dan konsisten. Amalan ini merupakan salah satu komponen dalam undang-undang adat antarabangsa. Contoh amalan negara ialah penggubalan undang-undang, pelaksanaan polisi eksekutif dan keputusan kehakiman. Bukti sesuatu amalan negara boleh ditemui dalam perjanjian antarabangsa, keputusan mahkamah, undang-undang bertulis, resolusi Perhimpunan Agung PBB, ucapan pemimpin negara atau amalan pertubuhan antarabangsa.
advisory opinionpendapat nasihatUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu bidang kuasa Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menangani hal-hal yang berkaitan penyediaan jawapan bagi persoalan undang-undang antarabangsa yang diperlukan oleh organ utama PBB, terutamanya Perhimpunan Agung PBB. Dalam hal ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa diminta untuk memberikan pendapat nasihat atau pandangan perundangan berkenaan persoalan tersebut. Pendapat nasihat tersebut tidak mengikat mana-mana negara atau pertubuhan, tetapi ia boleh membentuk undang-undang adat antarabangsa pada masa hadapan. Contoh kes yang melibatkan pendapat nasihat ialah kes Difference Relating to Immunity from Legal Process of a Special Rapporteur of the Commission on Human Rights yang diputuskan pada tahun 1999 berkenaan tindakan mahkamah Malaysia mendengar kes saman yang membabitkan seorang agen PBB.
epigraphyepigrafiKesusasteraanTiadaKajian tentang prasasti, iaitu tulisan kuno yang terdapat pada batu atau logam. Kajian berkaitan dengan sesuatu penghormatan terhadap adat budaya, undang-undang atau kepercayaan agama. Biasanya, prasasti terdapat pada bangunan istana, kuil, batu nisan, tugu, patung dan sebagainya. Kajian epigrafi penting sebagai salah satu sumber asas untuk mengetahui sejarah peradaban dan tamadun manusia masa lampau. Bidang kajian epigrafi menjadi bidang utama bagi ahli antropologi, filologi dan ahli sejarah kaji purba. Contohnya di Nusantara kajian epigrafi sangat penting dalam memahami sejarah dan budaya hidup manusia zaman pra-Islam, khususnya dalam periode Hindu-Buddha, diikuti dengan zaman awal kedatangan agama Islam. Dalam konteks sejarah kesusasteraan Melayu, kajian epigrafi melibatkan kajian terhadap batu bersurat sebagai bukti awal tentang pengetahuan bahasa, sistem tulisan, kedatangan Islam dan sebagainya. Contohnya, kajian terhadap Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), Bat
general principles of lawprinsip am undang-undangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu sumber undang-undang antarabangsa yang terdiri daripada prinsip perundangan yang terdapat dalam semua atau hampir semua sistem perundangan nasional. Prinsip perundangan nasional ini diterima setakat yang boleh dipakai dalam hubungan antarabangsa. Pemakaian prinsip am ini penting bagi mengisi kekosongan dalam undangundang perjanjian antarabangsa dan undang-undang adat antarabangsa. Contohnya, prinsip ekuiti dan suci hati.
judicial decisionkeputusan kehakimanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHasil daripada penyelesaian pertelingkahan yang dibawa kepada mahkamah domestik ataupun mahkamah antarabangsa. Keputusan kehakiman sangat penting kerana ia menentukan bagaimana sesuatu kes diselesaikan. Menurut Perkara 38(1) (d) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa, keputusan kehakiman merupakan salah satu sumber sampingan undangundang antarabangsa. Keputusan kehakiman hanya mengikat negara yang bertelingkah tanpa mengikat negara-negara lain. Walau bagaimanapun, keputusan kehakiman boleh menjadi bukti amalan negara yang boleh membentuk adat antarabangsa yang bersifat mengikat sesebuah negara.
terasulterasulKesusasteraanTiadaKitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Kitab terasul dianggap sebagai esoterik kerana sifat kerahsiaannya. Terasul tidak disebarkan dalam kalangan orang awam. Terasul hanya digunakan oleh jurutulis di balai pustaka istana sebagai panduan menulis surat yang betul. Hampir setiap negeri memiliki kitab terasulnya sendiri. Contohnya, terasul Kedah, Terengganu, Palembang, Riau, dan Borneo. Salah satu contoh kitab terasul yang terawal ditulis pada abad ke-18 oleh jurutulis, Abd. Kadir ibn al-Khatib di Palembang. Contoh terasul yang mutakhir terdapat dalam kitab Bustan al-Katibin yang ditulis di Riau oleh Raja Ali Haji pada tahun 1857. Terasul juga merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan, dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya, penggunaan terasul dalam majlis perbincangan beradat seperti upacara pertunangan. Terasul dikenali juga sebagai teromba. Lihat juga teromba.

Kembali ke atas