Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lir] | سالير

Definisi : ; menyalir, menyalirkan mengalirkan atau menyalurkan keluar (air dr sesuatu kawasan): di kawasan yg rendah, airnya agak susah utk disalirkan; tanah ini kalau disalir-kan airnya, akan menjadi tanah ladang yg baik; saliran sesuatu yg digunakan utk menyalir, saluran; penyaliran perbuatan (kerja) menyalir(kan); penyalir sesuatu (alat dsb) yg menyalirkan cecair. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lir] | سالير

Definisi : ; menyalir membuat supaya kering; menjadikan kering (dgn me­ngalir­kan air ke luar): ~ sawah. menyalirkan menyalurkan (air dsb) ke luar dr se­suatu kawasan; meng­alirkan (air) ke luar. tersalir sudah di­salir; disalirkan airnya. saliran sesuatu yg digunakan utk menyalirkan air dll; saluran. pe­nyaliran proses, perbuatan dll menyalir atau menyalirkan. penyalir alat atau sesuatu yg menyalirkan air dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salir
Kata Terbitan : menyalir, menyalirkan, saliran, penyaliran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
single electron transistor (SET)transistor elektron tunggal (SET)FizikNanoteknologiKeadaan transistor yang dimensinya dalam julat nanometer menyebabkan transistor ini peka terhadap pengangkutan elektron tunggal. Transistor ini terdiri daripada dua elektrod sumber dan salir yang terpisah oleh satu pulau yang bertindak sebagai terowong. Pulau ini biasanya diperbuat daripada bintik kuantum atau nanotiub karbon. Aras tenaga elektron dalam pulau dapat ditala menggunakan elektrod ketiga, iaitu lawang. Sekiranya lawang dibekalkan dengan voltan positif, aras tenaga bintik kuantum akan turun. Hanya satu elektron tunggal daripada sumber dapat menerowong ke dalam pulau tersebut untuk mengisi aras tenaganya yang kosong dan seterusnya elektron akan menerowong ke bahagian salir.

Kembali ke atas