snow break | pelindung salji; patah salji; penahan salji | Perhutanan | Tiada | Tiada |
snow board | pelapik salji | Hidrologi | Tiada | Penanda yang berukuran sekurang-kurang 40 cm kali 40 cm yang diletakkan di atas longgokan salji. Salji yang turun kemudiannya senang dapat dikenali dan dikeluarkan. |
snow gauge | tolok salji | Sains | Hidrometeorologi | Radas yang direka bentuk untuk mengukur jatuhan salji. Dalam tolok salji Hellmann-Fuess, salji di tadah dalam bejana yang terletak di atas neraca, dan perubahan (alihan) dirakam terus-menerus, lalu menghasilkan suatu rakaman autografik curahan salji. Kebanyakan tolok salji, bagaimanapun, ialah tolok hujan yang dipasangkan jaket atau alat lain untuk menjadikannya sesuai bagi mengumpulkan kerpasan pepejal dan mencairkannya sebelum bacaan diambil. |
snow line | garis salji | Hidrologi | Tiada | (1) Garis salji iklim. Ketinggian terendah lapisan selanjar salji pada musim panas di pergunungan tinggi. (WMO) (2) Garis salji orografik. Ketinggian terendah salji wujud berterusan di permukaan bumi dalam bentuk bambang berasingan pada musim panas. |
snow line | garis salji | Sains | Hidrometeorologi | 1. Bagi garis salji iklim, ketinggian terendah keselanjaran salji wujud pada musim panas di pergunungan tinggi. 2. Bagi garis salji orografi ketinggian terendah salji wujud berterusan di permukaan bumi dalam bentuk bambang berasingan pada musim panas. |
precipitation | kerpasan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Cecair atau pepejal, hasil pemeluwapan wap air yang jatuh dari awan dan sampai ke permukaan bumi. Antara contoh kerpasan ialah gerimis, hujan salji, until salji, butiran salji, hablur ais, butiran ais, hujan batu, dan debu berlian. |
snow stage | tahap salji | Sains | Hidrometeorologi | Fasa proses pengembangan adiabatik yang dalamnya udara tepu yang naik memejalwap terus menjadi salji. Tahap salji ini bermula pada aras pemejalwapan jika aras ini lebih tinggi daripada aras 0oC. |
water equivalent | kesetaraan air | Sains | Hidrometeorologi | Kedalaman air yang terhasil daripada peleburan bungkusan salji atau suatu sampel salji. Oleh itu, kesetaraan air turunan salji baru adalah sama dengan banyaknya kerpasan yang diwakili oleh turunan salji itu. |
snow blink | kilau salji | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kilau putih terang yang terdapat pada bahagian bawah awan, yang terhasil akibat pembalikan cahaya daripada permukaan bumi yang dilitupi salji. Kilau salji lebih terang daripada kilau ais, dan jauh lebih terang daripada langit tanah atau langit air. |
snow course | jalan salji | Hidrologi | Tiada | Garis yang direntang dan ditandakan secara kekal. Di sepanjang garis ini salji disampelkan dan kedalaman salji diukur jarak atau stesen yang tertentu dan pada waktu yang sesuai. |