covert channel | saluran terselindung | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Saluran tersembunyi di samping saluran biasa yang digunakan untuk komunikasi rahsia. Contohnya, semasa sesi komunikasi TCP/IP, data disembunyikan dalam paket SYN yang biasanya tidak mengandungi data. |
exploitable channel | saluran tereksploitasi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Saluran yang boleh digunakan oleh pengguna hasad untuk mencapai sesebuah rangkaian. Contohnya, saluran capaian Internet melalui talian telefon boleh menjadi saluran tereksploitasi melepasi tembok api. |
urethritis | uretritis | Herba | Fitoterapi | Keradangan saluran uretra, iaitu saluran yang membawa urin keluar dari pundi kencing ke luar badan. |
underground property damage | kerosakan harta bawah tanah | insurans | Tiada | Kerosakan ke atas dawai, saluran air atau paip saluran najis dan lain-lain di bawah permukaan tanah akibat kegunaan alat mekanikal bagi tujuan meratakan tanah, mengubin jalan, menggali, menggerudi, mengisi, mengorek dan menanam cerucuk kayu, besi atau konkrit ke dalam tanah sebagai asas bangunan. |
airway clearance | klearans saluran udara | Kejururawatan | Tiada | Pembersihan saluran udara yang bebas daripada sebarang halangan, contohnya halangan oleh benda asing dan mukus. |
covert timing channel | saluran pemasaan terselindung | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Saluran rahsia yang menggunakan proses perubahan suatu butir data pada jurang masa tertentu untuk menyiarkan isyarat 1 atau 0. Siaran isyarat ini boleh digunakan semula untuk membentuk mesej rahsia. Contohnya, perisian pelayan komputer sasaran menambah atau membuang titik noktah pada mesej log masuk. Sekiranya wujud noktah, hal ini menunjukkan binari 1, sekiranya tiada, maka hal ini menunjukkan binari 0. Apabila perubahan ini dilakukan berulang kali, noktah ini boleh digunakan untuk menyiarkan mesej rahsia yang panjang. |
covert storage channel | saluran storan terselindung | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Saluran rahsia yang menggunakan proses penguncian fail, iaitu hasil daripada pengubahsuaian fail untuk menyiarkan isyarat 1 atau 0. Perisian pelayan pada komputer sumber akan menyiarkan binari 1 dengan mengunci fail dan menyiarkan binari 0 dengan melepaskan kekunci fail. Apabila perubahan ini dilakukan berulang kali, fail ini boleh digunakan untuk menyiarkan mesej rahsia yang panjang. |
manifold | pancarongga | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen yang mempunyai beberapa saluran mengikut bilang- an liang pada kepala silinder. Terdapat dua jenis pancarongga, iaitu pancarongga pengambilan dan pancarongga ekzos. Pancarongga pengambilan menyediakan saluran masuk bagi udara atau campuran udara-bahan api ke liang pengambilan pada kepala silinder. Pancarongga ekzos pula menyediakan saluran keluar bagi gas ekzos dari liang ekzos ke sistem ekzos kenderaan. |
duct | saluran | Kesenian | Hiasan Dalaman | Tiub atau pembuluh yang digunakan sebagai penyalur cecair atau udara. Tiub mekanikal ini biasanya disembunyikan di dalam ruang siling. Saluran juga boleh didedahkan sebagai suatu unsur reka bentuk yang menarik menggunakan kemasan yang sesuai, seperti cat atau kayu. |
manufacturing line extension | pemanjangan saluran pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Penambahbaikan operasi atau sistem dalam pembuatan produk untuk meningkatkan pengeluaran atau kualiti produk. Pemanjangan saluran pengilangan memerlukan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). |