loss and damage | kerugian dan kerosakan | insurans | Tiada | Dalam insurans kebakaran "kerugian" ditakrifkan bahagian harta yang musnah sama sekali sementara "kerosakan" bermaksud bahagian harta yang tidak mengalami kemusnahan menyeluruh. |
general average (marine) | averaj am (marin) | insurans | Tiada | Kerugian dalam insurans marin yang berpunca daripada usaha menyelamatkan keseluruhan harta dalam sesuatu pelayaran supaya tidak musnah sama sekali. Kerugian ini akan diagihkan kepada semua pelayaran berkenaan mengikut kadar masing-masing (termasuk peserta yang kargonya terbakar pada awalnya). Contoh: sebahagian kargo terpaksa dibuang ke laut untuk mengelakkan kapal tenggelam. |
authorial intusion | celahan pengarang | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, bentuk celahan pengarang dapat dilihat pada penggunaan �kalam�, �kertas� dan �dakwat� seperti dalam novel Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi. Contohnya, �llahu Akbar, di sini lemahlah kalam daripada melata di atas kertas yang bersih ini pada menggoreskan apa-apa yang berlaku di antara kedua asyik dan maksyuk ini di dalam peraduannya. Tetapi oleh sebab bersangatan kalam takutkan kemurkaan sekalian tuan-tuan pembaca yang dikasihi, terpaksalah juga kalam mendayu-dayu dan bergurindam dengan syair yang melipurkan sedikit asyik cinta berahi kalam yang berlamaan akan kertas yang saf ini�. Lihat juga metafiksyen, pengisah ketara. |
laissez jaire | laissez faire | Sains Politik | Politik Perbandingan | Doktrin yang berpegang kepada kebebasan sepenuhnya kepada semua urus niaga dalam sesebuah negara demi kepentingan kebebasan, pasaran dan hak individu. Ini bermakna, sebarang campur tangan kerajaan dalam mempengaruhi pasaran atau meletakkan peraturan dalam urus niaga ditolak sama sekali. Segala aspek dalam urus niaga seperti penetapan harga, jumlah eksport dan import, kadar faedah pinjaman, peraturan pinjaman, insurans, saham, perbankan dan sebagainya bebas ditentukan sendiri oleh pasaran atau aktor yang terlibat sahaja. Kerajaan hanya memerhati dan menyediakan infrastruktur di samping mengutip cukai yang sewajarnya. Dasar ini menjadi asas kepada perkembangan sistem kapitalisme dan sangat bertentangan dengan sistem ekonomi komunisme dan sosialisme. Dasar ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada golongan yang lebih kaya dan meminggirkan golongan yang miskin. |
militarism | fahaman ketenteraan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang merujuk kepada dominasi tentera dan ketenteraan dalam sesebuah pemerintahan. Fahaman ini merendah-rendahkan pemerintahan awam dan menganggap pemerintahan tentera sahaja yang sesuai dilaksanakan dalam pentadbiran. Fahaman ini juga melambangkan pemerintahan yang agresif, keras, menggunakan undang-undang tentera dan tidak demokratik. Dalam sistem pemerintahan ini, pegawai tentera memegang jawatan penting dan orang awam dipaksa akur dengan pemerintahannya. Kebebasan dan penyertaan orang awam disekat manakala kedudukan pembangkang dan NGO sangat terbatas. Dalam kebanyakan negara yang mengamalkan fahaman ini, kedudukan pembangkang atau parti politik dan NGO politik tidak dibenarkan sama sekali. Pemerintahan secara ketenteraan ini memiliki disiplin, imej kecekapan, sepadu, patuh kepada arahan, memiliki hierarki yang jelas dan tersusun serta kemas dalam perancangan dan pengurusan logistik. |
Vernam cipher | sifer Vernam | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan sifer alir yang menggunakan kaedah yang sama dengan pad sekali guna. Kaedah ini dicipta oleh Gilbert S. Vernam dari Syarikat AT & T bertujuan untuk penyulitan data pada sistem komputer pita tebuk. Suatu rentetan nombor rawak dijana mengikut panjang aksara mesej yang ingin disulitkan. Setiap aksara dalam mesej berkenaan akan diwakilkan dengan nombor. Contohnya, A=0, B=1, C=2 hingga Z=25. Bagi setiap aksara, nilai perwakialan nombornya akan ditambahkan dengan nombor rawak yang dijanakan untuk kedudukan yang sama dalam mesej dan kemudiannya dimodulus 26. Seterusnya, hasil tersebut akan ditukarkan ke bentuk abjad dengan menyongsangkan kaedah perwakilan nombor. Contohnya, 0=A, 1=B, 2=C hingga 25=Z. Proses yang sama akan berulangan sehingga keseluruhan mesej disulitkan. |
multiple internal focalization | fokalisasi dalaman jamak | Kesusasteraan | Tiada | Situasi atau peristiwa yang sama yang wujud atau muncul lebih daripada sekali dalam sesebuah karya sastera, tetapi melalui perspektif atau sudut pandangan yang berbeza. |
sinking fund | dana terikat | Ekonomi | Tiada | Dana yang diperuntukkan untuk pembayaran semula hutang seperti penjelasan bon, sama ada secara ansuran atau sekali gus pada tarikh matang hutang itu atau untuk elaun susut nilai. Sementara menunggu kematangan hutang, tunai dari dana ini boleh juga dilaburkan di pasaran wang. |
couplet | rangkap dwibaris | Kesusasteraan | Puisi | Dua baris yang membentuk sebuah rangkap puisi yang sama rima akhimya. Rangkap dwibaris ini mengandungi pemikiran pengarangnya. Contohnya, "Gurindam Dua Belas" karya Raja Ali Haji. Sinonim kuplet. Barang siapa tiada memegang agama. sekali-kali tiada boleh diksilangkan nama. |
solidarity | perpaduan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan rapat atau sepadu dalam sebuah komuniti yang berasaskan objektif, kepentingan atau nilai sepunya. Anggota komuniti berkongsi sentimen yang sama seperti bahasa, agama, dan budaya, sekali gus membentuk hubungan kekitaan yang sangat kuat. Hubungan ini kemudiannya mewujudkan pula perasaan saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Dalam komuniti ini, wujud amalan tolong-menolong, gotong-royong dan saling bekerjasama. Perpaduan kebiasaannya lebih kuat dalam masyarakat kecil berbanding dengan masyarakat yang lebih besar. Hal ini kerana masyarakat yang besar mengalami proses industrilisasi, urbanisasi dan modenisasi yang mengutamakan kepentingan individu daripada komuniti. |