sanitary landfill | tanah isian sanitari | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Tapak pelupusan sampah terutamanya di kawasan perbandaran yang direka bentuk dengan ciri khas untuk mencegah pembaziran dan bahaya terhadap alam sekitar. Sampah di tapak pelupusan akan terdegradasi secara biologi, kimia dan fizikal. Tapak pelupusan yang dipenuhi sampah akan dikambus dengan tanah yang sesuai dan kawasan tersebut boleh digunakan dengan selamat bagi aktiviti tertentu. |
refuse chute | pelongsor sampah | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
dumpster diving | selongkar tong sampah | Alam Sekitar | Tiada | Amalan mencari sisa makanan terbuang yang masih elok atau mengitar barangan yang masih boleh digunakan atau berharga. |
detritus | detritus | Sains Marin | Tiada | Bahan berupa sampah atau serpihan seperti kerikil, pasir, lumpur dan bahan lain yang dihasilkan oleh hakisan atau melalui proses pereputan yang memasuki sistem akuatik. Jika bahan-bahan tersebut berasal daripada pereputan bahan organik, disebut sebagai detritus organik. Detritus organik biasanya termasuk badan atau serpihan organisma yang mati serta bahan kumuh termasuk najis. Detritus organik biasanya dikolonisasikan oleh komuniti mikroorganisma yang bertindak sebagai pengurai. Detritus merupakan sumber nutrisi bagi berbagai-bagai organisma, terutamanya dalam sistem perairan cetek dan terlindung. Banyak organisma bentik (bentos) yang bergantung kepada detritus sebagai sumber makanan dan dikategorikan sebagai pemakan detritus. |
gas emission | pelepasan gas | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pembebasan gas ke atmosfera bumi daripada pelbagai sumber seperti industri, kenderaan, tapak pelupusan sampah dan kawasan penternakan haiwan. |
misdemeanour | kesalahan ringan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan yang dianggap salah atau tidak boleh diterima dalam masyarakat tetapi tidak tergolong sebagai kesalahan serius. Contohnya, perbuatan membuang sampah di merata-rata tempat atau meludah di tempat awam. |
nanofibril | nanofibril | Fizik | Nanoteknologi | Seberkas rantaian polimer selulosa halus dengan diameter beberapa nanometer yang tersusun oleh ikatan lemah. Contohnya, rambut, ekor sperma, dan dinding sel. Nanofibril selulosa tumbuhan yang biasanya terbuang sebagai sampah dapat diproses untuk menghasilkan bahan nanokomposit yang kukuh, digunakan dalam kejuruteraan, perubatan dan kosmestik. |
local authority | pihak berkuasa tempatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang berada di peringkat tempatan seperti kota, bandaran, daerah dan mukim yang memiliki bidang kuasa mengurus dan memelihara kepentingan tempatan seperti kebersihan bandar, pengurusan sampah, cukai pintu, perumahan dan kedai, tempat letak kereta, taman dan rekreasi, khidmat komuniti, urusan alam sekitar dan trafik. Bidang kuasa ini terlebih dahulu telah ditetapkan oleh dewan perundangan dan termaktub dalam perlembagaan. Bagi sebuah negara persekutuan, urusan kerajaan tempatan ini terletak di peringkat negeri. Contohnya, pengutipan cukai pintu berbeza kadarnya antara satu bandar dengan bandar lain bergantung kepada autoriti tempatan kawasan tersebut. Sinonim autoriti tempatan. |
personal hygiene | kebersihan diri | Herba | Tiada | Amalan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri, tempat tinggal dan tempat kerja. Amalan ini memastikan individu dan kawasan tersebut bebas daripada mikroorganisma dan menghindarkan sebarang jangkitan penyakit. Contoh amalan penjagaan kebersihan diri termasuk membasuh tangan, menggunakan sarung tangan dan topeng mulut, tidak batuk dan bersin secara terbuka dan membuang tisu terkontaminasi ke dalam tong sampah khas. Menurut Amalan Pengilangan Baik, personel perlu dilatih untuk menjaga kebersihan diri dan mesti memakai pakaian perlindungan lengkap seperti sarung tangan, topi, topeng, baju luar dan kasut khas semasa berada dalam kawasan pengeluaran. Personel yang sedang mengalami penyakit berjangkit atau penyakit kulit tidak dibenarkan bekerja di dalam kawasan pengeluaran. |
absurd | absurd | Kesusasteraan | Tiada | Aliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting for Godot oleh Samuel Beckett. Contoh dalam kesusasteraan Mel ayu ialah novel Sampah oleh Shahnon Ahmad, novel Kering oleh Iwan Simatupang, dan drama Bukan Bunuh Diri oleh Disman. Absurd berasal daripada perkataan Latin absurdum yang bermaksud �sesuatu yang bertentangan� atau �tidak harmoni�. |