Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.ping] | سمڤيڠ

Definisi : sebelah (kiri atau kanan), rusuk, sisi: orang tua itu menolaknya ke ~ dan mem-buka pintu kereta itu; di samping 1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; ke samping ke sebelah, ke rusuk, ke sisi, ke tepi: ia menolak adiknya ~; mengesampingkan 1. meletakkan ke sisi (ke rusuk, ke sebelah), menyisihkan ke tepi: pen dikenakan sarungnya dan buku di­kesampingkannya sahaja; 2. menge­tepikan (menganggap kurang penting), menying­kirkan: besar kemungkinan, berita itu akan dikesampingkannya sahaja; bersampingan 1. berdekat-dekat, ber­hampiran; 2. bersama-sama; menyamping menyusur (di tepi jalan dll); menyampingi 1. mendekatkan (diri) dgn, berdampingan dgn, mendampingi; 2. ki me-nolong, membantu; menyampingkan 1. menyisihkan (ke tepi), mengetepikan; 2. menganggap tidak penting, menyingkirkan; 3. meletakkan bersama-sama dgn, mendampingkan; tersamping terletak di samping (di tepi, di sisi), tersisih, tersingkir: oleh sebab pengarang itu amat kontroversi, dgn sendirinya dia ~; sampingan yg turut terdapat (timbul, diguna-kan, dll) selain yg asas atau yg utama: masalah kecil dan ~ yg boleh diselesaikan; hasil ~ hasil yg turut diperoleh drpd usaha utk meng-hasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yg utama; kesan ~ kesan lain di samping kesan yg utama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.ping] | سمڤيڠ

Definisi : sj kain sarung yg dipakai selepas dipakai seluar (pd pakaian Melayu) dan biasa-nya dr pinggang hingga ke paras lutut sahaja; bersamping memakai kain di sebelah luar seluar (pd pakaian Melayu), memakai sam-ping. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.ping] | سمڤيڠ

Definisi : bahagian sebelah kiri atau kanan sesuatu; rusuk; sisi. ber­sampingan bersama-sama; ber­dam­­­­pingan; berdekatan: berjalan ~. menyamping berjalan dll di tepi sesuatu; menyusur (di tepi jalan dsb). menyampingi (duduk, berjalan dll) berdampingan dgn; mendampingi. menyampingkan meletakkan di sam­ping. tersamping terletak atau diletakkan di samping; disisikan; disampingkan. sampingan sesuatu yg dilakukan (dihasilkan dsb) secara tidak langsung: hasil ~ hasil yg diperoleh di samping hasil yg utama. di samping 1 di bahagian sebelah; di sisi: Ketika menyaksikan pertandingan itu, Kadir duduk ~ saya. 2 bersama-sama; berserta: Kami sanggup berjuang ~ saudara. 3 selain; lain drpd: ~ belajar mengaji Quran, mereka belajar bahasa Arab juga. ke samping ke sebelah (kiri atau kanan); ke sisi. mengesampingkan 1 membawa ke sisi; menyisikan. 2 ki menganggap kurang penting; tidak mengendahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sam.ping] | سمڤيڠ

Definisi : kain sarung pendek yg di­pakai di luar ketika memakai pakaian Melayu. bersamping memakai sam­ping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
samping (kata tugas)
Bersinonim dengan sebelah, sisi, rusuk, tepi, birai, dekat, pinggir, lambungan;,
Kata Terbitan : di samping, ke samping, mengesampingkan, bersampingan, menyamping, menyampingi, menyampingkan, tersamping, sampingan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
covert channelsaluran terselindungTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSaluran tersembunyi di samping saluran biasa yang digunakan untuk komunikasi rahsia. Contohnya, semasa sesi komunikasi TCP/IP, data disembunyikan dalam paket SYN yang biasanya tidak mengandungi data.
electron gunsenapang elektronFizikNanoteknologiStruktur elektrod yang menghasilkan alur elektron di samping mampu mengawal, memfokus dan memesongkan alur tersebut seperti pada tiub televisyen dan monitor yang menggunakan teknologi tiub sinar katod. Senapang elektron terdiri daripada dua bahagian, iaitu katod panas yang menghasilkan alur elektron dan elektrod yang menghasilkan medan elektrik untuk memecut elektron tersebut ke anod. Senapang elektron digunakan untuk pemendapan filem tipis dan juga dalam litografi alur elektron.
steganographysteganografiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerBidang ilmu yang berkaitan dengan penyembunyian maklumat di samping maklumat biasa yang lain. Contohnya penyembunyian teks dalam fail meja.
lubricantpelincirKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahan untuk melincirkan dua bahagian yang bergerak di samping mengurangkan geseran dan hakisan.
commercial bankbank perdaganganEkonomiTiadaInstitusi pengantara kewangan yang ciri utamanya menawarkan akaun semasa, di samping menjalankan fungsi-fungsi umum bank.
ecotechnologyekoteknologiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenggunaan teknologi yang berupaya memenuhi keperluan manusia di samping mengurangkan kerosakan ekologi dengan memanipulasi sumber sedia ada untuk manfaat manusia dan alam sekitar.
multipurpose travelperjalanan pelbagai tujuanPelanconganTiadaPerjalanan yang mempunyai lebih daripada satu tujuan seperti menghadiri persidangan di samping membeli-belah dan melawat tempat menarik.
Isopod isolation unitunit pengasingan IsopodKesihatan AwamTiadaAlat yang digunakan untuk membawa atau mengasingkan pesakit penyakit berjangkit. di samping untuk tujuan pemulihan, pemindahan, perawatan dan pemprosesan, serta pelupusan akhir.
low stylegaya murahanKesusasteraanPuisiCara seseorang penyair mengembangkan pemikiran dengan tidak memberi perhatian tentang nilai-nilai keindahan, di samping tiada keseimbangan antara pengucapan isi dengan gaya penyampaian. Keadaan ini menjadikan puisi tersebut tidak bemilai sastera. Penyair berbuat demikian mungkin bertujuan untuk melahirkan kelainan .
portpolio analysisanalisis portfolioEkonomiTiadaAnalisis yang menentukan kombinasi aset kewangan yang cekap dan memberikan jangkaan pulangan yang maksimum kepada pelabur, di samping memenuhi keperluan kecairan pelabur tersebut. Andaian utama analisis ini ialah pelabur akan mengutamakan portfolio yang dijangka memberi kadar pulangan yang maksimum apabila berhadapan dengan satu tingkat risiko tertentu.
123456

Kembali ke atas