Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.nad] | سند

Definisi : Ar rangkaian perawi dan lafaz-lafaz yg digunakannya utk sampai kpd matan: hadis itu telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dgn ~ yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.nad] | سند

Definisi : salasilah atau pertalian antara beberapa orang rawi yg meriwayatkan sesuatu hadis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sanad (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan punca, rujukan, sumber, keterangan, pokok, pusat, pangkal.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
تأويل السندta’wil sanadAgama IslamHadithLafaz yang disebut oleh guru yang mempunyai sanad apabila bertemu dengan huruf ح bagi menunjukkan peralihan sanad kepada sanad yang lain yang akhirnya kedua-dua sanad itu bertemu semula.
الاعتبارi’tibār sanadAgama IslamHadithPenelitian kepada Ḥadīth yang diriwayatkan oleh seorang perawi dari sahabat tertentu sama ada terdapat perawi lain yang meriwayatkan ḥadīth itu menerusi sanad yang lain atau sanad yang sama.
المساواتpersamaan sanadAgama IslamHadithPersamaan bilangan perawi sehingga akhir sanad dengan bilangan perawi pada sanad salah seorang pengumpul Ḥadīth.
المدرج في الاسنادmudraj sanadAgama IslamHadithTambahan yang dibuat oleh perawi pada sanad dengan tujuan penjelasan tanpa ada pemisahan yang boleh disangka sebahagian daripada sanad asal.
sanad bai‘ ‘inahbon jual beli inahPerniagaan IslamTiadaSekuriti hutang yang diterbitkan oleh kerajaan atau pihak swasta berdasarkan harta. Contohnya, syarikat awam tertentu telah menerbitkan bon berdasarkan jual beli inah dan boleh diurusniagakan di pasaran hutang.
sanad bai‘ bi thaman ajilbon jual beli harga bertangguhPerniagaan IslamTiadaSekuriti hutang yang diterbitkan oleh kerajaan atau pihak swasta dengan bersandarkan akad bai‘ bi thaman ajil. Pihak pelabur akan mendapat pulangan berdasarkan perbezaan nilai tunai dengan harga tertangguh. Contohnya, sekuriti yang diterbitkan oleh Syarikat Shell Malaysia Berhad dan instrumen ini boleh diurus niaga di pasaran hutang.
sanad mustahaqq wafa’ bi ‘alawah isdarbon dapat bayaran balik lebih tinggi daripada nilai terbitanPerniagaan IslamTiadaPemberian wang untuk diperniagakan oleh syarikat dalam tempoh dan nilai tertentu secara hutang, iaitu harga terbitan. Pemulangan semula wang dengan nilai yang lebih tinggi dijanjikan selepas tempoh matang, iaitu dengan nilai tambahan daripada nilai asal yang dinamakan kenaikan harga terbitan. Contohnya, kerajaan atau syarikat menerbitkan bon dengan nilai harga RM50 bagi satu unit dan menjanjikan pembayaran balik RM60 selepas tempoh matang, iaitu kenaikan harga terbitan sebanyak RM10. Oleh itu, pemegang bon memperoleh keuntungan RM10. Pemegang bon tidak mendapat sebarang keuntungan sekiranya menjual bon sebelum tempoh matang. Mengikut syarak, kenaikan harga terbitan dianggap sebagai riba.
sanad nasibbon dividenPerniagaan IslamTiadaBon yang diterbitkan dengan nilai catatan sama dengan nilai sebenar. Bon ini diberi faedah berdasarkan tempoh tertentu melalui undian setelah cukup tempoh bagi memilih bon yang boleh dibayar semula berserta dengan faedah yang dijanjikan, dan memilih bon yang tidak diberi faedah. Bon dividen diharamkan oleh syarak kerana dianggap seperti loteri atau judi.
sanad qard al-hasanbon qardulhasanPerniagaan IslamTiadaSekuriti hutang yang diterbitkan oleh kerajaan atau pihak swasta tanpa menjanjikan pulangan yang tetap. Contohnya, Sijil Pelaburan Kerajaan Malaysia yang pernah diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia. Walau bagaimanapun, pihak Bank Negara telah memberi pulangan dalam bentuk hibah dan instrumen ini boleh diurus niaga di pasaran hutang.
sanadbonPerniagaan IslamTiadaSekuriti hutang berjangka yang diterbitkan oleh kerajaan, perbadanan atau syarikat sebagai instrumen pembiayaan atau jaminan. Sinonim sanadat.
123456

Kembali ke atas