animation | animasi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Penjelmaan ilusi pergerakan yang memaparkan jujukan imej statik dengan kadar yang cepat. Imej ini terdiri daripada lukisan, gambar, bahan atau objek yang dimanipulasikan untuk menghidupkan sesuatu penceritaan. Dalam persekitaran e-pembelajaran, animasi sangat berguna untuk mendemonstrasikan sesuatu produk atau proses bekerja bagi merapikan penjelasan dan menarik minat pelajar. |
infrared spectroscopy | spektroskopi infamerah | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah spektroskopi yang berdasarkan pengesanan penyerapan sinaran inframerah oleh molekul yang mengalami peralihan getaran dan putaran. Ia memberi maklumat mengenai kumpulan-kumpulan berfungsi seperti karbonil dengan ikatan ganda dua. Kaedah ini juga sangat berguna bagi mengenal pasti struktur dan simetri molekul. |
phytochemical compound | sebatian fitokimia | Herba | Tiada | Sebatian tulen kimia yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan dan diasingkan melalui proses pengekstrakan, penyulingan, pemfraksian, penghabluran dan lain-lain. Kelas utama sebatian fitokimia ialah alkaloid, terpena, fenolik, flavanoid, glikosida, protein, lemak dan karbohidrat. Sebatian ini sangat berguna dalam bidang perubatan, pemakanan dan kosmetik. |
Arrhenius plot | plot Arrhenius | Fizik | Nanoteknologi | Satu plot garis lurus ln y melawan 1/T (atau 1/kT) bagi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea= tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Persamaan Arrhenius berlaku untuk kebanyakan proses terma seperti pemancaran elektron dari suatu dawai panas dan pertumbuhan kultur bakteria. Plot Arrhenius sangat berguna untuk menentukan tenaga pengaktifan sesuatu proses. |