Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ran] | سارن

Definisi : cadangan (fikiran, pendapat, dsb) yg dikemukakan; memberi ~ mengemukakan cadangan; menyarani mengemukakan cadangan (fikiran dll) kpd; menyarankan 1. mengemukakan (pendapat dsb), mengemukakan cadangan, memberi saran: dlm tulisannya itu, Nik Hasan ~ supaya kerajaan bertindak menyelamatkan negeri Kelantan; 2. menyebarkan di kalangan umum, menyiarkan, mempropagandakan: dia pandai berpidato ~ cita-cita politiknya kpd rakyat; saranan hal yg disarankan (dikemukakan dll): ~nya mendapat sambutan drpd orang ramai; penyaranan perihal menyarankan sesuatu, pencadangan, pengutaraan: ~ kesamaan hak itu bukanlah semata-mata demi kepentingan golongan tertentu; penyaran pihak atau orang yg menyarankan sesuatu, pencadang, pengusul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ran] | سارن

Definisi : Kl pusar (pd tubuh manusia atau binatang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ran] | سارن

Definisi : pendapat yg dikemukakan utk dipertimbangkan; usul; anjuran: mem­beri ~ mengemukakan pendapat. me­­­nya­rankan mengemukakan se­sua­tu pen­dapat; memberi saran; meng­anjur­kan: Dia ~ supaya suatu ta­bung khas diadakan utk membantu pelajar-pelajar miskin. saranan 1 apa-apa yg di­sarankan: ~nya mendapat sokongan drpd rakyat. 2 penyiaran pen­dapat utk mencari pengaruh dan so­kongan; dak­yah; propaganda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saran
Kata Terbitan : saranan, menyarankan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
saransaranSosiologiTiadaTiada
saransaranPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
saran wrappelapis saranKimiaTiadaTiada
brainstormingsumbang saranPentadbiranPentadbiran Awam

 Sesi perbincangan yang memberi ruang kepada perserta melontarkan idea masing-masing untuk mendapat sesuatu keputusan. Ia tidak menyekat perserta melahirkan apa sahaja idea bagi mengelak sebarang batasan pemikiran. Sumbang saran sering dilakukan untuk mendapat suatu jalan bagi mengadakan suatu projek yang besar. Sinonim percambahan minda.

brainstormingsumbang saranPengurusanPerancanganSalah satu kaedah dalam proses pembuatan keputusan dan komunikasi yang dilakukan dengan memberikan peluang kepada ahli memberikan pelbagai idea kecil atau besar untuk dipertimbangkan dalam proses penyelesaian masalah. Kaedah ini membolehkan keputusan dibuat dengan lebih cepat dan mudah. Sumbang saran boleh dilakukan dengan memfokuskan skop tajuk atau masalah tertentu dan menggalakkan kuantiti idea baharu dan saranan-saranan yang telah disampaikan melalui interaksi sesama ahli yang terlibat. Lihat juga pendekatan bawah-atas.
chain behaviourtingkah laku berangkaiPsikologiPsikologi UmumBentuk tingkah laku yang berlaku secara berurutan dan ditentukan oleh tanda saran sebelumnya. Contohnya, sewaktu berjalan aturan langkah berikutnya adalah bergantung pada tanda saran yang dicam oleh mata dan diproses oleh otak. Jika tiada sebarang halangan, langkah akan semakin laju berbanding jika ternampak sebatang kayu atau longkang di hadapan.
brainstormingsumbang saranPentadbiranPengurusan-
nonverbal cuesaran nonverbalPsikologiPsikologi UmumLihat isyarat tanpa bahasa.
recommended allowanceizin saranKesenianTiadaTiada
primary cues (distance)tanda saran asas (jarak)PsikologiTiadaTiada
12

Kembali ke atas