Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sar.din] | سردين

Definisi : 1. sj ikan laut (biasanya ditinkan), a) Harengula fimbriata; b) Harengula mela-nura; c) Amblygaster sirm, dll; 2. bp penuh sesak (orang dlm kereta dll), penuh sekali, tumpat: orang dlm bas itu penuh sesak macam ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sar.din] | سردين

Definisi : beberapa jenis ikan laut yg diproses dan diisikan di dlm tin utk diperdagangkan, Clupea pilchardus; Sar­dina pilchardus. spt ~ penuh sesak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sardin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sardine rollsardin gulungPentadbiran PerniagaanTiadaSardin yang dicampur bawang dan cili, digulung dengan pastri rapuh yang berukuran 8cm x 5cm dan dibakar.
canned sardinesardin bertinPentadbiran PerniagaanTiadaIkan sardin yang ditinkan untuk pengawetan dan tahan lama.
sardinesardinPentadbiran PerniagaanTiada2. Sebarang jenis ikan yang berkaitan rapat dengan ikan diatas, yang kecil dan masih muda, yang diproses sebagai ikan sardin.
sardinesardinPerikananTiadaLihat tamban.
sardine pastepes sardinPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
antipastoantipastoPentadbiran PerniagaanTiadaPembuka selera Itali yang dimasak atau dimakan mentah yang mengandungi campuran bilis peda, buah zaiton, sardin, jeruk dan sayur-sayuran.
scented baitumpan berbauPerikananTiadaUmpan yang mempunyai bau atau perisa tertentu bagi menarik perhatian ikan yang ingin dipancing. Umpan ini biasanya direndam atau digaul dengan minyak yang berbau sardin atau sotong.
sardinetambanPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Clupeidae, yang hidup di kawasan pesisiran pantai secara berkumpulan. Ikan ini terdiri daripada pelbagai jenis seperti tamban sisik dan tamban beluru. Sinonim sardin.
docosahexaenoic acid (DHA)asid dokosaheksaenoik (DHA)Makanan dan PemakananPemakananSejenis asid lemak yang mempunyai rantai-22 karbon dan enam ikatan heksa ganda dua. Asid dokosaheksaenoik dikenali sebagai asid lemak omega-3 kerana ikatan kembar cis pertama terletak pada karbon ketiga dari hujung omega. Nama singkatan DHA dalam tatanama asid lemak ialah 22: 6 (n-3). DHA boleh didapati secara semula jadi dalam ikan yang berlemak seperti ikan salmon, sardin, ikan hering, ikan kod, dan susu ibu. DHA juga sangat diperlukan dalam diet bayi yang baru lahir. Asid lemak omega-3 boleh dihasilkan daripada asid alfa-linolenik sejenis asid lemak perlu yang terdapat dalam tumbuhan.
eicosapentaenoic acid (EPA)asid eikosapentaenoik (EPA)Makanan dan PemakananPemakananSejenis asid lemak yang mempunyai rantai-20 karbon dan lima ikatan penta ganda dua. EPA dikenali sebagai asid lemak omega-3 kerana ikatan kembar cis pertama terletak pada karbon ketiga dari hujung omega. Nama singkatan EPA dalam tatanama asid lemak ialah 20:5 (n-3). EPA boleh didapati secara semula jadi dalam ikan yang berlemak seperti ikan salmon, sardin, ikan hering, ikan kod, dan boleh dihasilkan daripada asid alfa-linolenik.
12

Kembali ke atas