satire | satira | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk sastera yang menggabungkan unsur jenaka dengan unsur kritikal. Bentuk sastera ini memaparkan kebodohan, kelemahan atau kepincangan seseorang individu, golongan dan institusi masyarakat, negara, serta seluruh umat manusia. Satira berbeza dengan komedi biasa dari segi fungsinya. Tujuan satira bukan sekadar untuk menghiburkan, tetapi juga untuk memperbaik dan memperbetul keadaan dengan menggunakan senjata cemuhan, kecaman, dan penghakiman moral. Satira boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut gaya atau objek kritikannya. Satira yang mengkritik secara lembut, bergurau dan berhasrat untuk mendidik dikenali sebagai satira horas. Satira yang menyerang dengan kasar, kejam, penuh kemarahan, dan kecaman dikenali sebagai satira juvenalian. Satira boleh berbentuk puisi atau prosa. Contoh satira berbentuk puisi ditemui dalam karya berjudul Don Juan (1824) oleh penyair Inggeris Byron yang memperolok-olokkan kebodohan gelagat masyarakat kontemporarinya. Contoh satira berbentuk prosa ialah Gulliver�s Travels (172 |
dystopia | distopia | Kesusasteraan | Tiada | Dunia rekaan akan datang dalam fiksyen atau satira yang mencemaskan dan tidak menyenangkan pembaca. Contoh dunia distopia ditemui dalam karya bentuk fiksyen sains dan satira moden. Contohnya dalam The Time Machine (1895) oleh H.G. Wells dan Nineteen Eighty-Four (1949) oleh George Orwell. Lihat juga antiutopia. |
satirical comedy | komedi satira | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama komedi yang menceritakan keadaan dan pendirian politik, aspek kehidupan tradisi, serta mengkritik aspek moral dan tingkah laku manusia. Komedi ini juga menyindir dan mempersendakan golongan tertentu, namun persembahan komedi biasanya sarat dengan unsur pengajaran. Penulis terawal komedi satira ialah Aristophanes. |
satire | satira | Kesusasteraan | Tiada | Unsur sastera yang mencampuradukkan sikap kritis dengan humor dan wit sehingga berjaya memperkatakan secara sindiran tentang kemanusiaan dan institusi manusia lazimnya dijelaskan secara simbolik dengan menggunakan watak-watak binatang. |
sirvente | satira trubadur | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi kedaerahan yang temanya berbentuk politik atau moral yang selalunya bertujuan menyindir. |
satire | satira | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
satire | satira | Sejarah | Tiada | Tiada |
satire | satira | Kesenian | Drama dan Teater | Gaya parodi atau sindiran dalam karya seni atau sastera untuk tujuan kritikan sosial. Watak dalam karya jenis ini biasanya terdiri daripada haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Contohnya, novel Tikus Rahmatkarya Hassan Ibrahim. |
verse satire | satira puisi | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang mengandung pernyataan yang menimbulkan ketawa, dan juga dapat menimbulkan kemarahan. |
verse satire | satira puisi | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |