disease outbreak | wabak penyakit | Perikanan | Akuakultur | Penularan penyakit pada satu-satu masa dan di tempat tertentu dalam populasi ikan. Wabak penyakit terjadi pada satu populasi yang kecil dan boleh merebak kepada populasi yang lebih besar atau ke tempat lain. |
accident severity | ketenatan kemalangan | insurans | Tiada | Ukuran mengenai seriusnya keadaan satu-satu kerugian yang berlaku. Kadangkala ukuran ini digunakan untuk menilai keberkesanan aktiviti pencegahan kerugian. |
annual death rate | kadar kematian tahunan | insurans | Tiada | Kadar kematian untuk satu-satu tahun tertentu. |
unearned premium reserve | rizab premium tidak terperoleh | insurans | Tiada | Amaun yang terdapat dalam kunci kira-kira syarikat insurans yang menunjukkan anggaran jumlah premium yang belum diperoleh pada satu-satu masa. |
cohesion | kohesi | Kesusasteraan | Puisi | Hubungan erat antara satu baris dengan satu baris yang Iain, ataupun antara satu rangkap dengan satu rangkap yang lain. |
heterogenous society | masyarakat heterogen | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat kompleks yang terdiri daripada berbilang etnik dengan pelbagai amalan agama, bahasa, budaya dan warna kulit. Dalam masyarakat heterogen, tidak wujud satu unsur identiti yang jelas bagi satu-satu kelompok masyarakat. Perbezaan ini tidak terbatas kepada unsur etnik dan budaya semata-mata tetapi juga dari sudut jenis pekerjaan, tempat tinggal, pendidikan, gender dan kelas. Masyarakat ini lebih kompleks daripada masyarakat majmuk yang melihat perbezaan kaum itu selari dengan perbezaan bahasa, agama dan budaya. Dalam masyarakat heterogen ini, perbezaan juga boleh terdapat dalam satu kaum. Contohnya, masyarakat metropolitan kota yang besar seperti Kuala Lumpur, London dan New York merupakan masyarakat heterogen. |
qi?�ah | qi?�ah | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi tradisional yang berupa gubahan puitis yang mengandungi tidak kurang daripada dua bait serangkap, dan tiada had bagi bilangan baitnya. Ada pandangan mengatakan, satu-satu qit�ah tidak boleh melebihi 12 bait, namun ada yang menyatakan baitnya boleh menjangkau 20 bait, atau melebihi 30 bait. Walau bagaimanapun qit�ah yang afdal dan penulisnya dipandang tinggi jika dia berjaya menukil kurang daripada 12 bait dan matlamat nukilannya tercapai. Antara cabang qit�ah ialah al-qasidah dan al-ghazal. Contoh qit�ah yang dicipta oleh Anvari adalah seperti yang berikut: Hark e sa�y-i bad kunad dar haqq-i khalaq Hamchu sa�y-i khish d binad jaza,; Hamchunin farmudad dar nub,; �Laysa lilk-insni illa ma-sa`�a�. Ertinya: �Sesiapa bertindak buruk kepada Tuhan sekalian makhluk, Dia kan melihat balasan buruk seperti tindakan itu, Bak kata Allah dalam al-Quran, Tiada balasan kecuali apa diusahakan!� Dalam sastera Arab, qit�ah ialah puisi yang terdiri daripada empat hingga enam bait. Dalam sastera Melayu, qit�ah ialah sejenis puisi yang panjangnya tidak menentu dan iramanya tidak teratur, isinya mengandungi pengajaran yang baik dan nasihat yang berguna. Contohnya, qit�ah yang dipetik daripada Taju�s-Salatin oleh Bukhari al-Jawhari: Jikalau kaulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kau dapat bedakan pada antara rakyat dan sultan, Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman, Kullu man �alayha fan, Barang siapa yang di atas bumi itu lenyap jua. Lihat juga al-ghazal, al-qasidah. |
consignment | konsainan | Herba | Tiada | Kuantiti bahan atau produk herba yang dihasilkan oleh satu pengeluar dan dibekalkan pada satu masa atas permintaan pelanggan. Satu konsainan terdiri daripada satu atau lebih bungkusan atau kontena. Konsainan juga boleh mengandungi lebih daripada satu kelompok bahan atau produk herba. |
middle rhyme | rima tengah | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima tengah juga terjadi apabila dua atau beberapa perkataan berima terdapat dalam satu-satu baris. Contohnya seperti dalam puisi berjudul �Patience� oleh W.S. Gilbert: Then a sentimental passion of a vegetabile fashion, Must excite your languid spleen, An attachment �a la Plato, for a bashful young potato, Or a not too French French bean! Contoh rima tengah dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pohon sena,cabangnya empat, Mari tebang waktu pagi; Kalau kena dengan makrifat, Burung terbang menyerah diri. |
batch | kelompok | Herba | Tiada | Sekumpulan barangan yang diproses pada satu masa atau diuruskan sebagai satu kumpulan. Menurut Amalan Pengilangan Baik, kelompok merujuk kepada satu kuantiti tertakrif bahan pemula, bahan pembungkusan atau produk akhir dalam satu proses pengeluaran. Satu kelompok boleh juga dihasilkan daripada beberapa siri proses pengeluaran yang dibahagikan kepada beberapa subkelompok dan akhirnya disatukan menjadi kelompok yang homogen. Sinonim lot. |