qi?�ah | qi?�ah | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi tradisional yang berupa gubahan puitis yang mengandungi tidak kurang daripada dua bait serangkap, dan tiada had bagi bilangan baitnya. Ada pandangan mengatakan, satu-satu qit�ah tidak boleh melebihi 12 bait, namun ada yang menyatakan baitnya boleh menjangkau 20 bait, atau melebihi 30 bait. Walau bagaimanapun qit�ah yang afdal dan penulisnya dipandang tinggi jika dia berjaya menukil kurang daripada 12 bait dan matlamat nukilannya tercapai. Antara cabang qit�ah ialah al-qasidah dan al-ghazal. Contoh qit�ah yang dicipta oleh Anvari adalah seperti yang berikut: Hark e sa�y-i bad kunad dar haqq-i khalaq Hamchu sa�y-i khish d binad jaza,; Hamchunin farmudad dar nub,; �Laysa lilk-insni illa ma-sa`�a�. Ertinya: �Sesiapa bertindak buruk kepada Tuhan sekalian makhluk, Dia kan melihat balasan buruk seperti tindakan itu, Bak kata Allah dalam al-Quran, Tiada balasan kecuali apa diusahakan!� Dalam sastera Arab, qit�ah ialah puisi yang terdiri daripada empat hingga enam bait. Dalam |
musical commercial | iklan irama | Komunikasi | Korporat | Salah satu kaedah mempersembahkan mesej pengiklanan dengan mengguna - kan irama dan lagu. Melalui kaedah ini, mesej dipersembahkan dengan iringan muzik yang dicipta khas untuk membawa mesej yang disampaikan. Terdapat dua cara utama iklan ini dihasilkan. Pertama, keseluruhan iklan dipersembahkan sepenuhnya dalam bentuk muzik dan setiap perkataan yang digunakan memberikan makna yang berkaitan dengan barangan atau perkhidmatan. Kedua, iklan yang disampaikan dengan pendekatan persembahan yang pelbagai, iaitu gabungan antara muzik bermesej dengan dialog atau maklumat mengenai barangan dan perkhidmatan yang dipersembahkan oleh perawi. Iklan ini berfungsi untuk menarik perhatian khalayak kepada mesej barangan atau perkhidmatan terutamanya kanak-kanak. Iklan ini boleh disiarkan melalui media elektronik atau secara audio yang disampaikan melalui pembesar suara seperti penjual aiskrim. Sinonim dendang. |
circulation network | jaringan peredaran | Landskap | Tiada | Rangkaian jalan, lorong, denai dan sebagainya dalam satu kawasan. Rangkaian ini menentu kan pergerakan manusia dan kenderaan. Sinonim rangkaian peredaran. |
north pole | kutub utara | Teknik | Elektrik | Kutub magnet tempat fluks meninggalkan satu hujung magnet menuju ke kutub selatan. Jika magnet dibiarkan tergantung bebas kutub utara magnet akan mengarah ke Kutub Utara bumi. Arah jarum kompas kan menunjukkan arah kutub ini. |
scenario | senario | Muzik | Tiada | Libretto ringkas yang memberikan satu rumusan tentang kandungan cerita, watak utama dan adegan drama. |
efficacy | kemujaraban | Farmasi | Farmakologi | 1. Kebolehan sesuatu rawatan atau drug untuk mengha.silkan kesan terapeutik yang diingini atau kesan klinikal boleh ukur. 2. lndeks potensi sesuatu drug atau rawatan penyakit. 3. Ukuran tertentu kebolehan satu agonis atau agonis separa untuk menghasil.kan kesan selepas pengikatan pada tapak reseptor. Contohnya, suatu agonis berupaya untuk terikat pada reseptor tertentu dan seterusnya berupaya menghasilkan kesan farm.akologi. |
membranophone | membranofon | Muzik | Tiada | Alat muzik yang menghasilkan bunyi apabila kulit diregangkan. Baluh atau badan alat muzik membranofon terdiri daripada bentuk tertentu. Baluh tersebut dipasang dengan satu atau dua muka kulit. Alat muzik membranofon diklasifikasikan berasaskan bentuk baluh dan cara muka kulit dipasang. Contohnya, kulit dipasang pada baluh dengan tali rotan atau paku. Terdapat dua kelas kecil dalam klasifikasi ini, iaitu jenis dram dan mirliton. Lihat juga mirliton. |
neumatic | neumatik | Muzik | Tiada | Kaedah nyanyian canta yang melibatkan lima atau enam pic yang dinyanyikan dengan satu suku kata. Kaedah ini merupakan salah satu daripada ciri melodi canta pada Zaman Pertengahan. |
rebana ubi | rebana ubi | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Rebana ubi diperbuat daripada kayu, baluhnya berbentuk kon dan mempunyai satu muka kulit yang bergaris pusat hampir satu meter. Kulit dipasang pada baluh dengan tali rotan tebal dan kulit ditegangkan dengan tali rotan dan sendal kayu yang diselitkan antara badan dengan tali rotan. Baluh dan kulit dihiasi logo atau lambang sesuatu kumpulan atau desa. Coraknya bermotifkan geometri yang dicat berwarna-warni. Rebana ubi biasanya digantung atau diletakkan di atas tanah secara menegak dan kulitnya dipukul dengan tangan atau pemukul yang berbalut. Rebana ubi yang dimainkan secara ensembel menghasilkan rentak terhasil bagi tujuan pertandingan atau hib |
canang | canang | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara. Canang terdiri daripada dua jenis. iaitu (i) satu set dua biji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Canang ini dipukul dengan pemukul yang berbalut dan berfungsi sebagai penanda masa dalam muzik. Alat ini dimainkan dalam ensembel wayang kulit di Semenanjung Malaysia. (ii) satu set dua biji gong gantung berbusut, bersaiz kecil dan registernya sederhana. Alat muzik ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan secara bertingkah-tingkah dengan alat muzik lain dalam ensembel. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel gong besar di Sarawak dan di Sabah. Lihat juga sanang. |