honeymoon phase | fasa bulan madu | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Fasa ketiga dalam kitaran keganasan rumah tangga. Dalam fasa ini, pelaku keganasan rumah tangga akan meyakinkan mangsa bahawa dia menyesal dan akan menghentikan tingkah lakunya yang ganas di samping berjanji untuk menjaga pasangannya dengan baik. Dalam fasa ini juga, pelaku biasanya akan menunjukkan kasih sayang dengan membelikan bunga atau hadiah untuk tujuan mengambil hati mangsa. |
Oedipus complex | kompleks Oedipus | Kesusasteraan | Tiada | Nafsu seks seseorang anak lelaki terhadap ibu kandungnya. Istilah ini dipinjam daripada bidang psikiatri. Kajian yang dilakukan oleh Sigmund Freud mendapati anak lelaki yang mencapai usia antara tiga hingga enam tahun akan memasuki satu fasa, iaitu dia mempunyai nafsu seks terhadap ibunya. Perasaan ini timbul kesan daripada rasa persamaan atau identifikasi anak dengan ibunya yang mengakibatkan anak itu berasa cemburu dan benci terhadap bapanya. Si anak mula menganggap bapanya sebagai lawan bagi merebut perhatian dan kasih sayang ibu. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Oedipus dalam drama Oedipus Rex yang menceritakan bagaimana Oedipus membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya. Dalam budaya Nusantara, konsep ini sudah ada sejak dahulu seperti yang terakam dalam mitos Sunda bertajuk Sangkuriang. Mitos ini diterapkan dalam karya Ajip rosidi yang juga berjudul Sangkuriang. Hal yang sama turut dirasai anak perempuan apabila mempunyai nafsu seks terhadap bapanya, dan situasi ini disebut kompleks Electra. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Electra dalam drama Oedipus yang menceritakan bagaimana Electra menghasut saudara lelakinya untuk membunuh ibu mereka sendiri sebagai balasan dendam atas pembunuhan bapa mereka. Pengaruh kedua-dua kompleks ini masih ditemui dalam sastera moden Barat seperti dalam karya Eugene O� Neill dan Tennessee Williams. |