caper | kaper (sayur) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kuntum bunga yang dijeruk di dalam garam dan cuka sebagai bahan perasa, yang boleh didapati di Greece, Afrika Utara dan Eropah Selatan. |
edible herb | herba boleh makan | Herba | Pemiawaian | Ulam atau sayur-sayuran tradisional yang digunakan dalam resepi masakan sama ada dimakan mentah atau dicelur. Herba boleh makan biasanya dimakan sebagai penyedap rasa dan mempunyai khasiat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contohnya, cekur (Kaempferia galanga) untuk membuang angin dalam badan dan daun pegaga (Centella asiatica) untuk mengubati darah tinggi dan menambah daya ingatan. |
beta carotene | beta karotena | Herba | Pemiawaian | Pigmen berwarna jingga yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, seperti lobak merah dan betik yang kaya dengan vitamin A. Contoh herba yang mengandungi beta karotena yang tinggi ialah ekstrak daun murungai (Moringa oleifera). |
cold-pressed juice | jus tekan sejuk | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jus yang diekstrak daripada buah-buahan dan sayur-sayuran dengan menggunakan penekan hidraulik. |
vitamin K1 | vitamin K1 | Herba | Tiada | Fitonadion, C31H46O2. Sebatian cecair likat berwarna kuning terlarut benzena kloroform dan minyak sayur yang berguna dalam perubatan dan sebagai makanan tambahan. |
chicken wrap | roti belebat ayam | Makanan dan Pemakanan | Tiada | Makanan berupa roti leper lembut seperti tortila gandum yang dibungkus atau digulung dengan isian di dalamnya seperti daging, ayam, sayur-sayuran, keju dan beberapa jenis sos. |
food-drug interphase product | produk antara fasa makanan-ubat | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk yang mengandungi gabungan bahan makanan dan bahan aktif untuk penggunaan secara oral. Contoh bahan makanan ialah buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, susu, koko dan bijirin. Contoh bahan aktif ialah vitamin, mineral, herba, enzim, probiotik, prebiotik dan bahan-bahan lain yang tidak digunakan secara tradisional sebagai makanan. Produk antara fasa makanan-ubat boleh didapati dalam bentuk serbuk, cecair dan separuh pepejal seperti gel/jeli, tablet kunyah, titisan, granul dan lain-lain. |