Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. type of mental disorder, (penyakit) skizofrenia; 2. (colloq) inconsistency, perangai yg berubah-ubah. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata schizophrenia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
schizophreniaskizofreniaPerubatanTiadaGangguan psikosis yang dicirikan dengan pemikiran yang bercelaru dan tidak benar, dan diiringi dengan delusi serta halusinasi. Pesakit biasanya cenderung untuk memencilkan diri dan hilang perasaan kasih sayang terhadap keluarga dan sahabat handai. Penyakit ini mungkin merupakan penyakit keturunan dan puncanya belum diketahui lagi.
schizophreniaskizofreniaPsikologiPsikologi UmumSatu bentuk psikopatologi yang menyebabkan keutuhan personaliti, emosi dan kognitif individu tergugat dengan teruk. Istilah yang sering dikaitkan dengan kecelaruan ini ialah psikosis, gila atau tidak waras. Tanda-tanda kebiasaan yang terdapat kepada pesakit ini ialah delusi, halusinasi, apati, pemikiran abnormal dan perceraian antara emosi dengan pemikiran. Emosi pesakit ini biasanya bercelaru. Contohnya, apabila diberitahu ibunya meninggal dunia, individu skizofrenia hanya akan ketawa berdekah-dekah atau tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Pesakit ini juga boleh menarik diri daripada orang ramai, hilang minat terhadap aktiviti luaran dan gagal mengawal tabiat atau aktiviti harian. Sekurang-kurang terdapat empat jenis skizofrenia, iaitu tidak terurus, katatonik, paranoid dan tanpa pembezaan.
paranoid schizophreniaskizofrenia paranoidPerubatanTiadaTiada
simple schizophreniaskizofrenia asasSosiologiTiadaTiada
heberphrenic schizophreniaskizofrenia hebefrenikPsikologiTiadaTiada
childhood schizophreniaskizofrenia kanak-kanakPerubatanTiadaSkizofrenia yang bermula sebelum baligh. Penyakit ini dicirikan dengan autisme, penyendirian dan tingkah laku yang luar biasa.
catatonic schizophreniaskizofrenia katatonikPerubatanTiadaSkizofrenia yang ditandai dengan aktiviti motor yang berlebihan dan kadangkala dengan keadaan teruja yang berlebihan atau kerencatan secara menyeluruh.

Kembali ke atas