nursing rationale | rasional kejururawatan | Perubatan | Tiada | Tindakan kejururawatan yang menjelaskan sebab dan akibat sesuatu tindakan yang akan dilakukan. |
consequence | akibat | Sejarah | Tiada | Sesuatu yang terjadi daripada sebab dan akibat, kesudahan atau kesimpulan. |
positive economics | ekonomi positif | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi tentang apa yang sebenarnya terjadi, tanpa melibatkan pertimbangan nilai apabila sesuatu dasar digunakan. Ekonomi ini menganalisis sebab dan akibat sesuatu tindakan ekonomi dengan berpandukan pengamatan dan bukti empirik. |
plot | plot | Kesusasteraan | Tiada | Jalan cerita atau susunan peristiwa dalam sesebuah karya mengikut hukum sebab dan akibat. Plot biasanya ditemui dalam karya sastera seperti novel, drama, dan teater. Susunan episod dalam plot tidak semestinya mengikut urutan yang bersifat kronologi. Struktur plot yang konvensional mengandungi eksposisi, koplikasi, dan resolusi. Eksposisi ialah bahagian awal yang memperkenal setiap watak. Hubungan dan kerencaman watak tersebut menimbulkan konflik, sama ada antara watak atau dalam diri watak itu sendiri. Komplikasi ialah tahap pertengahan cerita yang mengembangkan konflik dan mengakibatkan ketegangan, kejutan dan muslihat, sehingga mencapai tahap klimaks, iaitu titik tumpuan cerita. Resolusi pula merupakan bahagian akhir yang memberi peleraian sesebuah plot. Namun, tidak semua naratif memperlihatkan struktur plot yang konvensional. Plot yang tidak konvensional tidak bersifat kronologi. Oleh itu, plot itu tidak mengikut rentetan eksposisi, komplikasi dan resolusi. Contohnya, ada naratif yang plotnya langsung tid |
lesion | belur | Biologi | Patologi | Gejala am berupa perubahan warna dan tekstur pada bahagian perumah yang terjangkit atau sebab-sebab lain, misalnya akibat pergeselan. |
lesion | belur | Kimia | Tiada | Gejala am berupa perubahan warna dan tekstur pada bahagian perumah yang terjangkit atau sebab-sebab lain, misalnya akibat pergeselan. |
unity of action | kesatuan aksi | Kesenian | Drama dan Teater | Prinsip struktur dramatik yang dirumuskan oleh Aristotle yang peniruan aksinya padat dalam konteks urutan awal, pertengahan dan akhir drama dengan hubungan sebab akibat yang logik antara setiap bahagian aksi. |
direct cause | sebab langsung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sesuatu sebab yang aktif dan berkesan yang menggerakkan rangkaian kejadian yang membawa akibat tanpa penglibatan faktor aktif yang tidak berkaitan. |
vertical shear | ricih menegak | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ricih yang terjadi pada arah yang serenjang dengan arah ira kayu. Ricih menegak merupakan sebab utama kegagalan rasuk yang mengalami tegasan lentur akibat pengenaan beban dan tindak balas yang serenjang dengan arah ira rasuk tersebut. |
blister | gelembung | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Banggol pada permukaan papan lapis akibat pemisahan lapisan-lapisan venir yang biasanya berlaku pada garis perekat. Gelembung terjadi kerana beberapa sebab, seperti ketakcukupan perekat, tempoh pengesetan haba atau tekanan yang singkat atau disebabkan oleh lembapan, wap atau udara yang terperangkap. 2. Corak beralun pada permukaan kayu yang terhasil daripada pembelahan tangen atau pemotongan putar venir, akibat ira yang beralun atau berkerinting. |