new criticism | kritikan baru | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang menumpukan perhatian pada gaya karya sastera sebagai objek yang tersendiri. Kesusasteraan dilihat sebagai seni, bukan sebagai sejarah, falsafah, psikologi dan sebagainya. Perhatian diberikan kepada gaya dan cara membentuk isinya dengan tujuan menunjukkan bahawa wujud kesatuan antara kedua-dua unsur ini. Perhatian asas yang dititikberatkan adalah untuk menemukan nilai intrinsik dalam kesusasteraan dan menampilkan nilai tersebut kepada masyarakat pembaca. Konsep utama yang menjadi kunci bagi kritikan ini ialah pembicaraan soal makna dan perhubungan antara kata-kata, bahasa kiasan, simbol dan imej. |
author as character | pengarang sebagai watak | Kesusasteraan | Tiada | Pengarang karya kreatif yang memasukkan dirinya sendiri sebagai salah seorang watak dalam cereka yang dihasilkannya. Konsep ini diajukan oleh Jonathan Wilson dalam sebuah makalah yang diterbitkan dalam The Literary Review. Kehadiran pengarang sebagai watak dalam cerekanya sendiri bukan perkara baharu. Keadaan ini dapat dilihat pada bentuk cereka yang dinamakan autobiographical fiction. Berbeza dengan cereka autobiografi, kemasukan pengarang sebagai watak dalam cereka bukan bertujuan menggambarkan watak tersebut secara persis seperti pengarang yang hidup, atau memperlihatkan realiti sebenar yang dialami oleh pengarang tersebut atau dunia sebenar yang dihuninya. Pada satu pihak, penggunaan pengarang sebagai watak dalam sesebuah cereka memberi kesan bahawa cereka yang disajikan itu adalah benar, iaitu sama benarnya dengan pengarang yang hidup dalam dunia nyata. Di pihak yang lain, pengarang sebagai watak dapat memberikan kesan bahawa pengarang itu sendiri tidak nyata kerana sama seperti watak lain dalam cerita, wataknya adalah rekaan semata-mata. Lihat juga fiksyen autobiografi. |
pantoum | pantun | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang ketat konvensinya. Pantun kebanyakannya terdiri daripada empat baris satu rangkap. Dua baris pertama sebagai pembayang maksud dan dua baris seterusnya sebagai maksud. Pantun yang sedemikian disebut sebagai pantun empat kerat. Terdapat juga pantun enam, lapan, sepuluh, dan dua belas kerat. Pantun terpendek ialah pantun dua kerat dengan baris pertama sebagai pembayang dan baris kedua sebagai maksud. Selain itu, terdapat juga bentuk pantun yang menarik dan disebut sebagai pantun berkait. Dalam pantun berkait, baris kedua dan keempat pada rangkap pertama menjadi baris pertama dan ketiga untuk rangkap seterusnya. Pantun berkait boleh terdiri daripada berbelas-belas rangkap dengan tema yang berurutan. Setiap rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan mengandungi unit makna yang utuh, kecuali pantun berkait yang maknanya berkembang mengikut rangkap yang lain. Baris pantun terdiri daripada tiga atau empat patah perkataan dengan pola rimanya, a,b,a,b, dan setiap patah perkataan terdiri daripad 3-4 suku kata dengan suku katanya antara 7�12. Baris pantun disusun dengan pola rima hujungnya: a,b,a,b, kecuali pantun dua kerat yang memperlihatkan pola rima a,a. Pantun yang baik harus memperlihatkan pola rima dalaman (a ,b, a, b). Bentuk barisnya yang terikat kepada suku kata dan pola rima yang tegar memerlukan pemilihan kata-kata yang bernas dan bijak. Pantun dianggap sebagai puisi Melayu asli dengan ciri-ciri bentuk yang amat unik dan indah. Contoh pantun yang baik adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan/Jauh ke tengah, rimanya, a/a (9 suku kata) Gunung Daik/bercabang tiga; rimanya, b/b (9 suku kata) Hancur badan/dikandung tanah, rimanya, a/a (9 suku kata) Budi baik/dikenang juga. rimanya, b/b (9 suku kata) Keindahan pantun terletak pada penggunaan imageri dalam baris pembayang maksudnya. Pembayang maksud selalunya menggunakan imej alam semula jadi sebagai metafora dan perbandingan. Pantun menggarap pelbagai tema, antaranya pantun nasihat, adat, agama, percintaan, didaktik, falsafah, kesateriaan dan sebagainya. Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular, masih terus hidup dan dicipta sehingga ke hari ini. |
paneling | panelan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan yang direka bentuk sebagai kemasan untuk menutup dinding atau siling. Kepingan ini biasanya diperbuat daripada kayu terpilih untuk memastikan kekuatannya, dan sebagai hiasan. Panelan sering juga digunakan sebagai dinding sesekat pada sesebuah ruang serta bertindak sebagai agen penebat akustik yang baik. |
persona | persona | Kesusasteraan | Tiada | Pencerita yang bertindak sebagai jurucakap bagi pihak pengarang. Dalam novel dan puisi naratif, pesona dikenali sebagai pencerita pertama atau pencerita �aku�. Persona juga merujuk kepada �suara� yang dapat didengar dalam puisi. Pencerita mungkin tampil sebagai watak dalam sesebuah karya fiksyen, contohnya watak Marlow dalam novel Heart of Darkness oleh Joseph Conrad. Sebagai pencerita atau jurucakap, pandangan mereka dalam cerita merujuk kepada pendirian dan perspektif pengarang. Dalam drama, persona merujuk kepada Dramatis Personae atau watak yang dilakonkan. Persona berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �topeng�. |
electron wave | gelombang elektron | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Gelombang mekanik kuantum yang dikaitkan dengan elektron yang mempunyai sifat sebagai gelombang dan sifat sebagai zarah menurut teori de Broglie. Teori gelombang elektron digunakan untuk menjelaskan beberapa fenomena fizik seperti belauan dan pantulan. |
attic | loteng | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bilik atau tingkat atas yang terletak di bawah bumbung di dalam sesebuah bangunan atau rumah. Dalam seni bina rumah tradisional Melayu, loteng yang juga dikenali sebagai peran, berfungsi sebagai ruang tidur yang biasanya digunakan oleh wanita, khususnya anak gadis untuk tujuan keselamatan. Loteng turut digunakan sebagai tempat menyimpan barang. |
online tutorial | tutorial dalam talian | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Aktiviti pembelajaran kendiri yang direka bentuk untuk menguasai hasil pembelajaran khusus menerusi tutoran interaktif atau prarakaman. Tutorial ini disediakan sebagai pembelajaran tambahan atau sebagai prasyarat kepada aktiviti pembelajaran utama. |
carpet | permaidani | Kesenian | Hiasan Dalaman | Hamparan lembut yang diperbuat daripada bulu kambing atau bahan sintetik yang direka menjadi corak dan hiasan yang menarik dan diletakkan di lantai sesebuah ruang sebagai kemasan. Pemilihan permaidani sebagai kemasan lantai bertujuan menjadikan ruang lebih menarik, sesuai dengan konsep serta tema reka bentuk yang ingin diterapkan. |
caryatid | kariatid | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bentuk ukiran perempuan yang digunakan sebagai tiang untuk menyokong entablatur atau sebarang struktur yang serupa dengannya. Kariatid sering juga dirujuk sebagai jenis tiang atau penyokong yang berukir dengan bentuk manusia atau binatang. Contohnya, atlantes (kariatid lelaki), canephorae (perempuan menjunjung bakul), herms (perempuan tiga per empat badan atau tubuh di atas pedestal), telamones (nama lain bagi atlantes) dan terms (pedestal yang menonjol ke atas sebagai bentuk manusia, binatang atau bentuk yang bermitos). |