او كما قال | aw kamāqāl | Agama Islam | Hadith | Lafaz yang sebaik-baiknya dibaca oleh perawi apabila meragui ketepatan sesuatu lafaz Ḥadīth atau bagi perawi yang meriwayatkan Ḥadīth dengan makna. |
office landscaping | landskap pejabat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Reka bentuk ruang pejabat yang menggunakan ruang dengan sebaik-baiknya dan memudahkan perubahan dalam susun atur pejabat yang bertujuan utnuk memperbaiki pengaliran komunikasi bertulis dan lisan. |
finger rest | topangan jari | Pergigian | Tiada | Perihal meletakkan jari di sekitar kawasan kerja bertujuan menstabilkan tangan semasa pemotongan struktur gigi dengan hanpis. Tempat topangan jari sebaik-baiknya berdekatan dengan kawasan kerja dan bertopang atas struktur yang keras seperti gigi bersebelahan. |
milk replacer | pengganti susu | Veterinar | Tiada | Bahan makanan yang disediakan untuk menggantikan susu. Bahan ini terdiri dalam bentuk serbuk yang seharusnya mengandungi protein sebanyak 22% dan lemak 15%. Protein yang sebaik-baiknya perlu berasal daripada hasil susu. Walau bagaimanapun, protein daripada kacang soya juga boleh digunakan. Bahan makanan jenis ini sesuai diberi kepada anak ternakan yang baru disapih dari ibunya. |
curing period | tempoh pengawet | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Tempoh bagi struktur konkrit perlu diawet sama ada dengan cara merenjis air ke permukaan konkrit atau melapiskan guni basah di permukaannya sehingga ke satu tempoh tertentu, biasanya 7, 14 dan sebaik-baiknya 28 hari. |
composite manure | baja asli komposit | Pertanian | Agroteknologi | Baja asli yang terhasil daripada campuran beberapa sumber buangan haiwan seperti najis lembu, kambing dan ayam itik. Najis ayam contohnya, mengandungi sumber nitrogen yang tinggi kerana ia mengandungi urea dan hidrogen sulfida. Sebaik-baiknya, najis ini perlu direputkan terlebih dahulu sebagai kompos untuk menyahtoksikkan urea dan hidrogen sulfida kepada bentuk nitrat dan asid amino yang berfaedah kepada tanaman. Nitrogen merupakan sumber asid amino yang penting untuk pertumbuhan daun dan klorofil, manakala fosfat penting untuk pembungaan. |
stratigraphic correlation | sekaitan stratigrafi | Kejuruteraan | Petroleum | Pembentukan fahaman atau idea mengenai kesetaraan dari segi usia dan kedudukan letak dua atau lebih unit batuan yang wujud di tempat-tempat yang berlainan. Pembentukan fahaman itu dilakukan dengan cara mengamati serta menghubungkan sifat-sifat yang serupa yang dimiliki oleh unit-unit batuan yang diperhatikan. Di antara sifat yang digunakan termasuklah jenis batuan, kandungan fosil, jurus dan kemiringan lapisan serta struktur batuan. Pemahaman itu dianggap selesai terbentuk apabila dapat dipastikan sama ada unit-unit batuan yang dikaji itu merupakan unit batuan yang sama atau berlainan. Jika berlainan, sebaik-baiknya dapat pula dipastikan kedudukan secara relatif antara unit-unit batuan yang berkenaan. |
usl?b ?l-??k?m | usl?b ?l-??k?m | Kesusasteraan | Tiada | Jawapan yang tidak menjawab soalan yang diajukan. Jawapan ini mengandungi keterangan yang melebihi soalan dan bertujuan untuk menyatakan maklumat atau butir bicara yang lebih penting dan berfaedah. Hal ini menunjukkan kata-kata yang diungkapkan itu padat dengan gaya bahasa yang indah walaupun ringkas. Contohnya seperti firman Allah SWT dalam Sur?h ?l-B?q?r?h, ayat 215: Ertinya: Mereka bertanya kepadamu yang (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: �Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak �anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Dalam ayat di atas, orang-orang mukmin bertanyakan Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dinafkahkan oleh mereka. Rasulullah SAW menjawab denga |