Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sébar); bersebar 1. bertabur (benih dll), berserak: tetamu ~ dlm kelompok tunggal atau berdua, bertiga, pd satu meja; 2. ber-kembang (ajaran, agama, dll), meluas: agama Islam ~ di negeri itu; bersebaran bertaburan (di merata tempat), berserakan; menyebarkan menabur (benih dll), meng-hamburkan, menyerakkan: cara pokok ~ buah berserta bijinya berlain-lain; mereka berani mengorbankan apa saja utk ~ agama Islam; tersebar terdapat di mana-mana, terserak, tersiar (ajaran, pendapat, dll): berita angin mulai ~ mengenai kekalahan Jepun; ketersebaran keadaan tersebar: ~ komoditi sejajar dgn ~ budaya; sebaran (sesuatu) yg disebarkan, tebaran (cahaya dll); surat ~ surat yg dibahagi-bahagi-kan kpd orang ramai; ~ am media massa (spt surat khabar, radio, televisyen, dsb); persebaran perihal bersebaran: ~ geografi dialek-dialek Melayu; penyebaran perihal (kegiatan, usaha, dsb) menyebarkan, penaburan, pengembangan: perubahan besar telah berlaku dlm cara ~ agama Islam; penyebar 1. orang yg menyebarkan (mena-burkan, mengembangkan, dll), penabur, pengembang (agama dll): para ~ agama; 2. alat utk menyebarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sebar (bertabur atau berkembang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. berasa kebas, kesemutan; 2. beriberi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; bersebar 1 bertabur merata-rata; berserak: Biji-biji padi ~ di atas lantai. 2 berkembang ke serata tempat (bkn sesuatu ajaran agama dll); meluas: Agama Islam ~ di kepulauan Melayu sejak dahulu lagi. menyebarkan 1 menaburkan sesuatu supaya berserak-serak; menyerakkan: ~ benih. 2 mengem­­bangkan sesuatu agama dll; menyiarkan: Mereka sanggup berkorban apa saja utk ~ agama Islam. tersebar terdapat di mana-mana; terserak; tersiar ke serata tempat: Berita kekalahan Jepun mula ~ di Tanah Melayu. sebaran se­suatu yg disebarkan. ~ am alat-alat spt surat khabar, radio yg menyebarkan sesuatu berita. penyebaran perbuatan atau proses menyebarkan sesuatu: Melaka menjadi pusat ~ agama Islam pd kurun ke-15. penyebar 1 orang yg menyebarkan: ~ agama Islam. 2 alat utk menyebarkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intermode dispersionsebar antara modKejuruteraanTiadaProses sebar masa transit bagi setiap mod di dalam gentian berbilang mod.
dispersion-shifted fibregentian sebar anjakKejuruteraanTiadaGentian optik mod tunggal yang berciri sebar anjak bagi kegunaan sistem telekomunikasi jarak jauh.
dispersion-flattened single mode fibregentian mod tunggal sebar datarKejuruteraanTiadaGentian optik yang menghantar sebar denyut pendek ke dalam kawasan spektrum cahaya lebar yang beroperasi umumnya pada jarak gelombang 1300 nm dan 1550 nm serentak.
scattersebar; serakan; serak; penyelerakFizikTiadaTiada
dispersesebar; serakFizikTiadaTiada
scattersebar; serakan; serak; penyelerakMatematikTiadaTiada
dispersesebar; serakMatematikTiadaTiada
scattersebar; serakan; serak; penyelerakPendidikanTiadaTiada
dispersesebar; serakPertanianTiadaTiada
scattersebar; serakan; serak; penyelerakPertanianTiadaTiada
1234

Kembali ke atas