form quotient | hasil bahagi bentuk | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Nisbah diameter sebatang pokok yang diukur pada ketinggian tertentu di atas ketinggian paras dada kepada diameter paras dada. Nisbah ini digunakan untuk meramalkan isi padu sebatang pokok. |
bion | bion | Biologi | Ekologi | Sebatang tumbuhan yang bebas dan boleh hidup berasingan. |
pipeline | talian paip | Kejuruteraan | Tiada | Sebatang paip yang tersambung kepada injap-injap dan peranti-peranti kawalan yang lain, untuk mengalirkan cecair, gas dan pepejal halus. |
emergent tree | pokok munculan | Biologi | Ekologi | Sebatang silara pokok yang lebih tinggi daripada kanopi hutan yang selari. Misalnya, pokok meranti sarang punai, Shorea parvifolia, dan pokok tualang, Koompassia exelsa merupakan pokok munculan di hutan tanah pamah dipterokarpa. |
keeper of magnet | pengekal magnet | Teknik | Elektrik | 1. Sebatang besi lembut yang digunakan untuk melindungi magnet agar daya kemagnetannya tidak hilang atau berkurangan. Besi ini akan dilekatkan menyilangi kutub magnet kekal. 2. Angker yang dibuat daripada magnet. |
severity of fluorosis | keterukan fluorosis | Perubatan | Tiada | Perihal keterukan sebatang gigi terganggu disebabkan fluorida yang berlebihan. |
hickey | hikei | Teknik | Elektrik | Alat tambah yang terdiri daripada sebatang besi dengan lurah pembentuk di hujungnya, digunakan untuk membuat pembelokan pembuluh. |
continuous beam | rasuk selanjar; alur selanjar | Kejuruteraan | Tiada | Rasuk selanjar: Sebatang rasuk yang utuh, yang disokong oleh tiga atau lebih sokongan mudah pada suatu garis lurus. |
continuous beam | rasuk selanjar; alur selanjar | Perubatan | Tiada | Rasuk selanjar: Sebatang rasuk yang utuh, yang disokong oleh tiga atau lebih sokongan mudah pada suatu garis lurus. |
bridge foot | titian | Geografi | Tiada | Sejenis jambatan yang dibuat daripada sebatang pokok atau sekeping papan bagi tujuan penitian. |