Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.ti] | سباتي

Definisi : (amat) sesuai atau mesra, bersatu padu (sehingga sukar memisahkan atau mengasingkannya): bau itu sudah ~ benar dgn hidungnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.ti] | سباتي

Definisi : betul-betul bergaul (meresap dsb); sangat mesra: Kacau adunan itu hingga ~. bersebati bergaul (ber­campur) hingga menjadi sebati; ber­padu. menyebatikan menjadikan se­bati. sebatian bahan yg terdiri drpd dua unsur atau lebih yg berpadu secara kimia. persebatian hal atau keadaan bersebati: ~ ini berlaku apabila ada tenaga. penyebatian proses atau perbuatan menyebatikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebati


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unitykesatuanKesusasteraanTiadaKonsep menghubungkan atau menggabungkan karya sastera supaya menjadi keseluruhan yang sebati dan padu. Dalam drama, konsep penggabungan ini berlaku pada aksi, masa, dan tempat. Gabungan aksi ialah aksi utama tanpa subplot, watak dan latar. Gabungan masa ialah jangka masa sehari semalam, manakala gabungan tempat ialah lokasi yang dapat dikunjungi watak dalam satu hari. Konsep ini pertama kali dibincangkan oleh Aristotle dalam karya Poetics dan dimantapkan sebagai prinsip drama pada tahun 1570. Konsep ini diterima di sesetengah tempat di Eropah. Contohnya di Perancis, konsep ini diguna pakai selama 200 tahun, tetapi di England dan Sepanyol, konsep ini tidak diberikan perhatian. Namun penulis seperti Shakespeare tidak mematuhi konsep ini. Dramatis tersohor ini tidak mengambil kira keperluan atau pentingnya konsep kesatuan ini dalam pengkaryaannya.
mixcampur; gaulPentadbiran PerniagaanTiadaProses mencampur dua atau lebih bahan cecair dan dikacau sehingga sebati.
blended learningpembelajaran teradunTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran yang menggabungkan interaksi bersemuka dengan aktiviti dalam talian yang aliran pembelajarannya saling melengkapi dan sebati. Gabungan adunan ini bergantung pada objektif pembelajaran, keperluan pelajar dan konteks pembelajarannya. Pendekatan ini juga dirujuk sebagai pembelajaran hibrid. Sinonim pembelajaran hibrid.

Kembali ke atas