Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebenar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
real timemasa sebenarKesusasteraanTiadaKeselarian masa yang wujud antara jangka masa yang diambil untuk memerikan sesuatu peristiwa dengan jangka masa sebenar peristiwa itu berlaku. Masa sebenar berkontras dengan masa yang dirasai, iaitu pengalaman peredaran masa yang dibina bagi pihak pembaca menerusi konvensi pengisahan. Masa sebenar pernah digunakan sebagai salah satu teknik realisme dalam karya sastera.
real ear aided responserespons telinga sebenar berbantuSains KesihatanTiadaRespons tekanan bunyi sebenar dengan bantuan alat bantu pendengaran yang diukur dalam medan bebas.
real ear occluded responserespons telinga sebenar tersumbatSains KesihatanTiadaRespons tekanan bunyi sebenar yang diukur apabila alat bantu pendengaran dipasang.
real ear unaided responserespons telinga sebenar teroklusiSains KesihatanTiadaRespons tekanan bunyi sebenar tanpa bantuan alat bantu pendengaran.
actual departure reportlaporan perlepasan sebenarPelanconganTiadaMaklumat pergerakan pengangkutan atau kenderaan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Laporan perlepasan sebenar mengandungi perincian, seperti waktu berlepas, nombor pendaftaran kenderaan dan senarai nama penumpang.
actual flying timemasa terbang sebenarPelanconganTiadaMasa yang dikira bermula dari kapal terbang meninggalkan terminal sehingga tiba dan berhenti di terminal destinasi. Masa terbang sebenar tidak termasuk waktu persinggahan.
ex-postex-postEkonomiTiadaNilai sebenar pemboleh ubah yang dilakukan oleh unit-unit perniagaan. Misalnya, dalam teori penentuan pendapatan negara, pelaburan ex-post ialah jumlah pelaburan sebenar yang wujud dalam sesebuah negara. Ex-post ialah frasa Latin yang bermaksud yang berlaku atau yang dilaksanakan.
relative errorralat relatifKimiaKimia AnalisisNisbah magnitud ralat terhadap nilai sebenar. Biasanya dinyatakan dalam peratus atau peribu Ralat relatif % = (ralat/nilai sebenar) X 100
accuracykejituanKimiaKimia AnalisisUkuran hampirnya suatu nilai atau hasil yang diperoleh dengan nilai sebenar. Ia biasanya dinyatakan sebagai ralat iaitu perbezaan di antara nilai sebenar dengan nilai yang diperoleh.
augmented reality (AR)realiti terimbuh (AR)Teknologi Maklumate-PembelajaranPersekitaran buatan yang terhasil daripada gabungan dunia sebenar dengan dunia janaan komputer bagi meningkatkan pengalaman dunia sebenar pengguna. Pelaksanaan AR memerlukan peranti paparan yang bersesuaian seperti telefon pintar dan tablet. Dalam konteks pendidikan, AR digunakan sebagai alat bantu mengajar terutamanya yang melibatkan simulasi dan amali.
12345678910...

Kembali ke atas