cilia | silium | Kejururawatan | Tiada | Cuaran seakan-akan rambut, yang sebilangan besarnya terdapat pada sel epitelium tertentu, terutama epitelium yang melapisi trek pernafasan atas. Fungsinya adalah menyingkir bahan asing di trek pernafasan. |
epizootic disease | penyakit epizootik | Perikanan | Akuakultur | Penyakit ikan yang menyerang sebilangan besar kumpulan ikan dalam satu masa yang sama. Penyakit ini merebak dengan cepat dan memberi kesan kepada populasi ikan di dalam suatu kawasan tertentu. |
shot noise | hingar tembak | Fizik | Nanoteknologi | Hingar elektronik atau fotonik yang dihasilkan oleh perubahan rawak sebilangan zarah yang membawa tenaga. Hingar tembak juga terjadi dalam sistem optik disebabkan oleh turun naik foton. Hingar tembak menimbulkan masalah dalam sistem apabila arus elektrik adalah kecil atau keamatan cahaya yang rendah. |
cyclic Adenosine Monophosphate (cAMP) | adenosina monosfosfat siklik | Perubatan | Tiada | Nukleotida yang bertindak sebagai pengantara bagi tindakan sebilangan hormon seperti glukagon, adrenalina, dan ACTH. |
bucket tappet | tapet timba | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen pengangkat injap berbentuk silinder lompong yang digunakan pada sebilangan enjin jenis aci sesondol kepala atas. Tapet timba berupa timba yang telungkup. Bahagian bawah timba mempunyai permukaan yang rata dan bersentuhan dengan cuping sesondol manakala bahagian dalamnya bersentuhan dengan pegas dan batang injap. |
commercial property policy | polisi harta perdagangan | insurans | Tiada | Kontrak pakej bagi risiko perdagangan yang menggabungkan insurans kebakaran, perlindungan yang diperluaskan, kecurian serta perlindungan bagi sebilangan peril pengangkutan. |
oriental despotism | kuku besi ketimuran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem yang menggambarkan pemerintahan kuku besi yang sangat terkawal apabila kuasa dalam pemerintahan ini tertumpu kepada sebilangan kecil pemerintah yang mendominasi segala aktiviti sosial, ekonomi dan politik. Pemerintahan juga tidak berlandaskan undang-undang sebaliknya menggunakan kuasa tentera untuk menghapuskan sebarang gerakan menentang kerajaan. Dalam sistem ini, kebebasan dan keadilan tidak mendapat tempat. Dari segi sejarah, konsep despotisme mula diperkenal oleh Monstesquieu yang cuba menggambarkan bagaimana perkembangan dan perubahan cuaca dan iklim sangat mempengaruhi budaya dan kehidupan masyarakat Asia. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Marx yang menjelaskan sifat Asiatic Mode of Production atau bentuk pengeluaran masyarakat timur yang dicirikan sebagai ringkas, tradisional, sara diri dan enggan menerima inovasi. Wittfogel seterusnya mengembangkan konsep ini dalam karyanya Oriental Despotism yang menghuraikan sifat masyarakat hidraulik atau keperluan penggunaan sistem terusan air yang besar dan terancang bagi kepentingan pembangunan ekonomi masyarakat timur. Justeru itu, ia memerlukan satu kerajaan yang terpusat, terkawal, berkuasa dan menekan. |
neutral | neutral | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar tidak memihak kepada mana-mana individu, kelompok, pertubuhan atau negara yang sedang bersaing dengan pihak lain. Konsep ini selalu digunakan untuk merujuk persaingan antara blok timur dan barat dalam era Perang Dingin apabila sebilangan negara sedang membangun mengisytiharkan bahawa mereka tidak memihak kepada blok timur atau barat. Dasar tidak memihak mula dikemukakan oleh Tito (Yugoslavia), Soekarno (Indonesia) dan Nkrumah (Ghana) semasa persidangan awal Pergerakan Negara Tidak Berpihak. Hasilnya, kumpulan negara ini menubuhkan pergerakan yang tidak terikat dengan mana-mana pihak yang digelar sebagai Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). |
chorus | korus | Kesusasteraan | Tiada | Sekumpulan pelakon yang bertindak sebagai pencerita dan pengulas atau watak yang menyanyi, menari, berdikir dan berdialog dalam drama dan teater. Korus berasal daripada teater Yunani, dan terdapat dalam drama Aeschylus dan Sophocles. Biasanya, ahli korus berjumlah antara 12 ? 13 orang. Korus juga digunakan di Rom seperti yang ditemui dalam drama Seneca. Dalam teater tradisional tempatan seperti makyung, korus dikenali sebagai jong dong dang dan dianggotai antara 8 ? 10 orang. Dari aspek muzik, korus merujuk kepada sekumpulan penyanyi. Sebilangan lagu dinyanyikan secara berselang-seli oleh korus dan penyanyi solo, terutamanya dalam makyung, hadrah dan rodat. Sesetengah lagu asli menggunakan korus sebagai penegasan atau not balas kepada penyanyi solo tersebut. |
noble savage | noble savage | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang merujuk kepada sifat kemuliaan, kebaikan dan martabat diri yang tinggi pada manusia primitif yang belum dicemari oleh kesan buruk tamadun. Pada era romantisme, konsep ini merupakan tindak balas penulis terhadap kesan negatif industrialisme, materialisme dan kapitalisme yang memusnahkan keindahan semula jadi. Dalam era imperialisme pada kurun ke-19, konsep noble savage digunakan oleh para orientalis untuk merujuk kepada masyarakat peribumi. Kini, dalam bidang kajian pascakolonial, konsep ini ditinjau semula untuk mempelihatkan sikap memandang rendah sebilangan orientalis terhadap masyarakat peribumi. |