Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebulan

Puisi
 

Tiga ringgit angka lapan,
     Sebulan tiga puluh hari;
Kalau sama kita makan,
     Kalau tidak sama kita cari.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Gadai terdorong ke pajak,
     sehari sebulan juga.

Bermaksud :

Perbuatan yang terlanjur, sekalipun sedikit akibatnya sama juga dengan yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kafalah mu’aqqatahjaminan sementara/jaminan bertempoh/jaminan terbatasPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang mempunyai tempoh. Contohnya, penjamin berkata kepada pihak penerima jaminan "Saya menjamin selama sebulan bermula hari ini". Maka penjamin bertanggungjawab terhadap pihak yang dijamin dalam tempoh sebulan sahaja. Selepas tempoh tersebut, penjamin bebas daripada jaminan. Sinonim kafalah muqayyadah.
isohyomenegarisan sebulan-hujanGeografiTiadaGarisan yang menghubungkan kawasan-kawasan yang mempunyai jumlah bulan basah yang sama.
twice monthlydua kali sebulanPerpustakaanTiadaTiada
rainy seasonmusim hujanSainsHidrometeorologiTempoh sebulan atau lebih, berulang setiap tahun, dan dalam kawasan tertentu (biasanya tropika atau subtropika) dicirikan oleh jumlah hujan yang agak besar bagi kawasan itu. Sebagai contoh, tempoh monsun barat daya merupakan musim hujan (atau musim lembap) di sebahagian besar Asia Tenggara, sementara musim sejuk merupakan musim hujan di kawasan yang mempunyai iklim jenis Mediterranean.
mean rainfallmin hujanPertanianTiadaPurata hujan dalam sehari, sebulan atau setahun mengikut keperluan dalam unit milimeter.
tide, neappasang perbaniHidrologiTiadaPasang yang beramplitud kecil yang terjadi dua kali dalam sebulan, mendekati waktu seperempat putaran bulan.
family income policypolisi pendapatan keluargainsuransTiadaPolisi insurans yang menyediakan pendapatan (Contoh: RM10 sebulan bagi setiap RM1000 amaun insurans) kepada waris sehingga akhir tempoh yang ditetapkan daripada tarikh permulaan perlindungan jika insured mati dalam tempoh tersebut. Amaun insurans dibayar pada akhir tempoh pendapatan atau apabila insured mati selepas tempoh yang ditetapkan.
neap tidepasang surut anakGeologiTiadaPasang surut beramplitud kecil yang terjadi dua kali dalam sebulan, mendekati waktu seperempat putaran bulan.
turnoverpusing gantiPentadbiranTiadaAmaun urus niaga perniagaan bagi sesuatu tempoh masa, seperti sejam, sehari, sebulan dan sebagainya.
neap tidepasang surut anakMeteorologiMeteorologi PerhubunganPasang surut yang beramplitud kecil yang terjadi dua kali dalam sebulan, mendekati waktu seperempat dan tiga per empat putaran bulan.
123

Kembali ke atas